Tuesday, 29 September 2015

ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA


1.       JELASKAN MAKSUD ALIRAN KONSERVATIF DAN FUNDAMENTALIS ?

           Konservatif
1.       Mereka berfikiran kolot dan tidak moden.
2.       Cenderung untuk mengekalkan sesuatu keadaan yang telah menjadi adat, kelaziman atau tradisi kerana mereka bimbang akan terpengaruh kepada kehidupan yang negatif.

Fundamentalis
1.       Fahaman yang berupaya untuk kembali atau memegang teguh pada sumber asli ajaran agama tanpa terikat dengan tradisi yang berkembang dan mewarnai kehidupan beragama.
2.       Mereka menganggap diri sendiri lebih mulia daripada lawan mereka yang mana iman atau ajaran agamanya telah tercemar kerana dipengaruhi oleh adat dan tradisi
3.       Aliran ini mengajak seluruh masyarakat agar taat terhadap teks-teks kitab suci yang asal.
4.       Mereka juga mencuba untuk meraih kekuasaan politik bagi kembali ke tradisi mereka.
5.       Merupakan fahaman yang keras.

2. APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMUNCULAN PELBAGAI ALIRAN DALAM ISLAM ?

Faktor Dalaman
1.       Perbezaan pendapat dalam memahami tafsiran nas al-Quran dan al-Hadis.
2.       Adanya jarak masa yang jauh antara umat Islam dengan ajaran Islam yang sebenar.
3.       Perbezaan pemikiran politik umat Islam yang menyentuh masalah kepimpinan.
Faktor Luaran
1.       Munculnya banyak hadis-hadis palsu yang masuk ke dalam rujukan-rujukan Islam.
2.       Percampuran dan pertukaran budaya hasil penghijrahan umat Islam dari pelbagai tempat.
3.       Adanya mualaf dari agama Yahudi dan Kristian dan sebagainya.
4.       Keinginan umat Islam untuk melawan pemikiran musuh Islam.
4.       Timbulnya minat umat Islam untuk mempelajari falsafah dengan munculnya aliran teologi.

3.       SIAPAKAH YAHUDI YANG DINYATAKAN OLEH CHRISTIAN BROG?

Yahudi bukannya suatu bangsa kerana ada pengikut agama Yahudi berasal dari keturunan semitik (Arab dan Bani Israel), Kaucasian, Turks atau Mongol. 2 kumpulan utama Yahudi:

Kumpulan
Jumlah
Keterangan sejarah
Serphardin
500 ribu
Berasal dari mereka yang pernah menjadi penduduk di Sepanyol

Askenazim
11 juta
Tardiri dari bangsa Rusia, Jerman, Baltik dan Polish
Mereka berhijrah ke Barat Utara Khazaria apabila ia jatuh ke tangan Raja Mongol pada abad ke 13.

4.       JELASKAN KITAB BIBLE YANG DIGUNAKAN UMAT KRISTIAN PADA MASA KINI ?

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Bible ialah himpunan 66 surah atau buku, 39 daripadanya dikenali sebagai kitab Perjanjian Lama atau Old Testament. Sementara 27 surah yang lain dikenali sebagai kitab Perjanjian Baru atau New Testament

1.       Perjanjian Lama(Old Testament)
-          Perjanjian Lama itu adalah buku Taurah secara amnya.
-          Mengandungi undang-undang Nabi Musa, kisah-kisah sejarah, puisi dan kebijaksanaan di samping satu bab yang dipenuhi ramalan-ramalan berhubung perkara yang akan datang.
-          Kitab ini menyatakan penyelewengan ajaran Nabi Musa dan menunjukkan peribadi para Nabi adalah mempunyai sifat yang keji

2.       Perjanjian baru (New Testament)
-          Kitab Perjanjian Baru pula mengandungi kisah-kisah kehidupan Nabi Isa yang ditulis oleh tokoh-tokoh agama Kristian seperti Matthew, Mark, Luke dan John. Tulisan-tulisan ini dikenali sebagai Gospels.
-          Mengandungi surah atau buku The Acts yang mengisahkan tentang keadaan agama Kristian di peringkat awal kewujudannya, surat-surat yang ditulis oleh St. Paul dan tokoh-tokoh Kristian terdahulu, dan sebuah buku yang berjodol Revelation.

5.    APAKAH PUNCA BERLAKUNYA SERANGAN PEMIKIRAN TERHADAP UMAT ISLAM?

1.    Kekalahan pihak kafir melalui perang konvensional maka mereka berfikir mencari jalan lain yang dapat menghancurkan umat islam
2.    Bermula daripada Peristiwa Perang Salib. Perang ini berlaku selama dua abad namun Islam belum dapat dikalahkan oleh musuh.
3.  Kegagalan tentera Soviet Union (Rusia) dalam peristiwa pencerobohan ke atas Afghanistan dengan ledakan puluhan ribu bom dan peralatan perang. Namun, negara Islam itu masih tegak berdiri sedangkan Soviet Union menjadi hancur kerana tindakan beberapa negara naungannya bertindak menuntut kemerdekaan.
4.       Soviet Union enggan membayar hutang perang, justeru itu tokoh Yahudi dan Nasrani merangka satu strategi bagi dalam menghancurkan Islam melalui kaedah al Ghazwatul Fiqri.





6.       BAGAIMANAKAH UMAT ISLAM DISERANG MELALUI HIBURAN DAN PEMAKAIAN?

1.       Hiburan
-          Disebarkan dalam media massa dan elektronik. Ini disebabkan oleh pengawal semua media adalah dari golongan mereka sendiri.
-          Anugerah Skrin dan ABPBH, Akademi Fantasia, Idola Kecil.
-          Kanak-kanak terdedah dengan cerita kartun yang menayangkan unsur-unsur lucah.
-          Tontonan di Malaysia adalah pada waktu maghrib untuk menggalakkan kanak-kanak menonton tv tanpa solat maghrib.
-          Hiburan dalam majlis keramaian atau parti seperti di kelab malam yang menyediakan arak dan perempuan yang melacur untuk mendapatkan keseronokan, memuaskan nafsu dan menghilangkan stress.
-          Bacaan zikir yang sepatutnya diamalkan untuk menghilangkan stress diubah menjadi lagu-lagu disko dan tarian yang menggiurkan pengunjung.
-          Lagu yang mempunyai lirik memuja syaitan, berkonsepkan illuminati dan murtad.

2.       Pemakaian
-          Tidak menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
-          Nipis dan jarang sehingga menampakkan susuk tubuh.
-          Longgar dan tidak ketat.
-          Menyerupai pakaian berlainan jantina dan berlainan agama.

7.  BUKTI YANG MENUNJUKKAN KAPITALISME DAN SOSIALISME BERMATLAMAT YANG SAMA?

1.   Kapitalisme dan sosialisme tidak bertentangan. Mereka memperjuangkan suatu sistem yang berasaskan kepada penguasaan secara total oleh pemerintah semua program ekonomi dan arahnya.
2.  Pemusatan kuasa pemerintah kepada satu kumpulan politik yang mempunyai semua jentera-jentera penghasilan dan penguasaan wang dan harta.
3.  Menggunakan fahaman sekularisme untuk merosakkan nilai-nilai agama bagi tujuan menegakkan kuasa dan pengaruh mereka.
4.   Mempunyai perhubungan yang rapi dan dan tersulit antara pemodal antarabangsa yang terkaya.
5.       Menggunakan kepercayaan masyarakat am untuk menutup segala pembocoran rahsia.





8. DEFINISI LIBERALISME, PLURALISME, SEKULARISME, KRISTIANISASI DAN ORIENTALISME?

                  Liberalisme
1.       Liberal memberi maksud bebas atau terbuka.
2.       Mengutamakan dan menjamin kebebasan individual dan kepemilikan pribadi.
3.       Bersifat cenderung kepada pemerintahan yang demokratik contohnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan.
Pluralisme
1.       Fahaman hidup yang menerima adanya kemajmukan dalam suatu kelompok masyarakat. Contohnya dapat dilihat dari segi agama, suku, bangsa, adat istiadat dan sebagainya.
2.       Meyakini bahwa agama adalah sama contohnya, dalam agama Islam ada jaminan untuk ke syurga pada waktu yang sama dia juga meyakini bahawa dalam agama Kristen juga ada jaminan menuju ke syurga, begitu juga dalam agama lain.
Sekularisme
1.       Doktrin yang menolak campur tangan nilai keagamaan dalam urusan manusia.
2.       Fahaman ini bersifat sombong seolah-olah lebih mengetahui urusan manusia melebihi Allah.
3.       Dalam Kamus Inggeris sekular bererti duniawi. Sekular adalah berasal daripada kata Latin saeculum yang membawa makna yang menunjukkan kepada masa dan tempat.
a.       Masa yang dimaksudkan adalah merujuk kepada masa sekarang atau masa kini.
b.      Tempat pula merujuk kepada dunia atau yang bersifat keduniaan.
Kristianisasi
1.       Kristianisasi berasal dari kata dasar Kristian yang membawa maksud proses mengajak seseorang kepada agama Kristian. Hali ini kerana penganut Kristian meyakini bahawa agama Kristian pada hari ini wajib disebarkan kepada semua manusia.
2.       Dalam bahasa arab dikenali sebagai ‘At-Tabsyir’ dan ‘At-Tansir’.
a.       At-Tabsyir
Merujuk kepada gerakan keagamaan, politik dan penjajahan yang bermotifkan penyebaran agama Kristian dalam kalangan pelbagai bangsa secara amnya dan umat islam secara khususnya dengan matlamat untuk menguasai bangsa tersebut.
b.      At-Tansir
Mempunyai makna yang lebih khusus iaitu mengkristiankan seseorang individu atau mengubah pegangannya supaya menganut agama Kristian.
Orientalisme
1.       Berasal dari bahasa Inggris orientalist yang bererti orang yang mempelajari seni, bahasa dan lain-lain yang berkenaan dengan negara-negara Timur.
2.       Secara etimologis orientalisme dapat diertikan sebagai ilmu tentang ketimuran atau pengkajian tentang dunia timur.
3.       Kesimpulannya bahawa orientalisme adalah fahaman tentang ketimuran, manakala orientalis adalah orang yang mengkaji hal ketimuran atau yang membawa fahaman tersebut.