Friday, 2 October 2015

ASAS PENGURUSAN ISLAM


1.       PENGENALAN PENGURUSAN ISLAM

Objektif
-          Mencapai kebaikan hidup di dunia akhirat. Maka kita perlu melakukan semua aktiviti hidup yang selaras dengan tuntutan syariah dengan berpaksikan tauhid kepada Allah.
-          Menegakkan kebaikan dan menghapuskan kerosakan.  Maka mereka yang diberikan jawatan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab asas sebagai muslim.
-          Organisasi yang baik dan diampuni oleh Allah adalah dengan cara berusaha dan berikhtiar untuk mewujudkan organisasi yang baik, aman dan makmur.
-          Menjaga nilai maslahat (kepentingan) manusia. ianya adalah sesuai berdasarkan maqasid syariah berikut:

1. Agama : pekerja hendaklah melaksanakan tuntukan agama seperti melakukan solat dan meniggalkan amalan penipuan, rasuah dan sebagainya.
2. Nyawa : Pengurusan hendaklah menyediakan kemudahan rawatan jika berlaku kecemasan kepada pekerja. Faktor yang membawa kepada kemudaratan mestilah dihapuskan.
3. Akal : Pentadbiran hendaklah memberi peluang kepada pekerja untuk menyuarakan pendapat dan berfikir bagi mendapatkan maklumat.
4. Maruah : hendaklah menjaga kehormatan diri semasa bekerja. Islam juga menyuruh umatnya supaya menjaga tingkah laku dan adab yang baik ketika berurusan.
5. Harta : Pengurusan mesti memastikan setiap pekerja diberi upah untuk digunakan sebagai keperluan hidup.

2.       SUMBER PENGURUSAN ISLAM

Al-Quran
·         Merupakan sumber utama dalam aspek pengurusan Islam.Terdapat ayat-ayat dan peraturan yang berkaitan dengan tatacara kehidupan bermasyarakat yang mencangkupi pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial dan pendidikan termasuklah pengurusan.

As-Sunnah (Hadith)
·         Hadis ditakrifkan sebagai perbuatan, pengakuan dan perkataan Nabi Muhammad. Pentadbiran Rasulullah tidak canggih mengikut keadaan dan persekitaran pada masa itu.
·         kita perlu mengikuti sunnah Nabi kerana sikap dan tingkah lakunya yang mulia. 

Para sahabat Rasulullah S.A.W  (khulafa Ar-Rasyidin)
·         Khalifah Ar-Rasyidin ialah yang memimpin kerajaan Islam setelah kewafatan Rasulullah.  Mereka ialah Saidina Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman Bin Affan dan Ali bin Abi Talib.
·         Pemerintahan mereka adalah selama 29 tahun.
·         Sepanjang pemerintahan mereka, mereka telah banyak membuat perubahan serta kemajuan kepada wilayah-wilayah Islam dibawah pimpinan mereka.


3.       PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Al-Ubudiayyah (Perhambaan)
Ianya merujuk kepada sifat pengabdian seseorang sebagai hamba Allah. Seluruh kegiatan dalam pengurusan hendaklah diikat dengan pengabdian diri kepada Allah. Matlamat perlu seiring dengan konsep pengabdian kepada Allah.

Al- Syura (Perbincangan)
Amalan ini akan menjadikan keputusan dibuat lebih baik dari pandangan seorang kerana ia berdasarkan dari pandangan dan idea yang ramai. Ia juga akan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan telah dibuat secara bersama.

Al- Adalah (Keadilan)
Islam mementingkan keadilan dalam segala hal dan tanggungjawab. Ia perlu diamalkan ketika dalam proses pengambilan pekerja dan pembahagian tugas agar orang yang diberikan tanggungjawab itu sesuai dengan kemampuan dan kehendak organisasi. Keadilan harus dilaksanakan ketika membuat keputusan agar tidak berlaku pilih kasih.

Al- Musawah (Persamaan)
Manusia dibina atas dasar persamaan dan setiap manusia dianggap sama dalam semua aspek. Setiap warga kerja mestilah dilayan dan dihormati kerana setiap manusia ada sifat tersendiri. Persamaan ini akan menghalang berlakunya diskriminasi terhadap yang tidak bersefahaman.

Al-Hururiyyah (Kebebasan)
Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi manusia seperti hak bersuara. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dengan tidak menggangu hak orang lain seperti hak organisasi lebih diutamakan daripada hak individu.

Al- Masuliyah (Tanggungjawab)
Rasa tanggungjawab akan melahirkan sikap amanah. Konsep ini akan melahirkan Warga organisasi yang  lebih setia terhadap kerja meraka. Tanpa pengawasan luaran meraka juga merasakan diri sentiasa diawasi oleh Allah yang Maha Melihat

Al- Itqan (Bersungguh-sungguh)
Prinsip ini perlu dihayati kerana ia berkaitan dengan persoalan kualiti dan kesungguhan dalam bekerja. Ia harus dimulakan oleh pemimpin kemudian diikuti oleh warga organisasi. Kombinasi antara keduanya akan membuahkan budaya yang positif.

Al- Taah (Ketaatan)
Warga organisasi perlu mengutamakan ketaatan kepada pemimpin terutama dalam soal kepatuhan terhadap amaran yang diberi. Ketaatan melambangkan nilai disiplin yang tinggi. Namun, ketaatan ini adalah bersyarat dan boleh dipatuhi selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.
4.       ELEMEN PENGURUSAN ISLAM
Perancangan
Merupakan asas pertama dalam menggerakkan organisasi yang mana ia sebagai persediaan awal bagi membentuk kejayaan seseubah organisasi. Elemen ini akan melihat kepada persedian dalam menghadapi pelbagai masalah dan cabaran masa depan.

Pengorganisasian
Merupakan rangkaian daripada perancangan kerana ia akan mempengaruhi keberhasilan perancangan yang dilaksanakan. Prinsip ini tertumpu kepada mengenalpasti tenaga kerja mengikut kesesuaian bagi satu tugas tertentu.

Pengarahan
Prinsip ini diperlukan bagi melaksanakan perancangan dan pengorganisasian yang merupakan pengguanaan kuasa dan mandat yang ada pada pemimpin. Kuasa diperlukan bagi membolehkan pemimpin mengarahkan pekerjanya untuk melakukan tugas.

Pengawalan
Merupakan satu proses menentukan kerja yang terdapat dalam organisasi supaya berjalan lancer dan mengikut perancangan yang sedia ada bagi mencapai kepada matlamat utama. Ia berfungsi dalam memastikan pekerja dapat mengikut tatacara yang betul.


5.       KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Peranan Pemimpin
1.       Melibatkan perhubungan dengan orang luar seperti mempromosikan syarikat.
2.       penerima dan penyampai malumat yang diperolehi agar organisasi peke dengan isu terkini.
3.       Membuat keputusan dengan menampilkan idea baru kepada warga kerja.

Sifat Asasi Pemimpin
1.       Sidiq : Memimpin diri dan organisasi kearah kebenaran .
2.       Amanah : Bertanggungjawab dan tidak khianat dalam mejalankan tugas yang diamanahkan.
3.       Tabligh : Menyalurkan maklumat yang tepat dan jelas.
4.       Fatonah : Kebijaksanaan dalam mengatur strategi dan mengawal urusan kerja.

Syarat
1.       Berpengetahuan : membolehkan seorang pemimpin itu bertindak berdasarkan ilmu.
2.       Berwibawa : bertindak dengan berhati-hati agar menjadi contoh kepada pekerja.
3.       Berkeupayaan : mampu melaksanakan keputusan demi merealisasikan matlamat.
4.       Sihat : Tugas pemimpin melampaui masa dan usaha yang biasa dilakukan oleh orang lain.

Kemahiran
1.       Mampu mempengaruhi orang lain dengan idea yang bernas dan komunikasi yang mantap.
2.       Boleh berfikir bagi mengatur perancangan yang rapi dari ilmu yang dimiliki.
6.       KOMUNIKASI DAN ORGANISASI

Kepentingan dan fungsi
1.       Mampu menerangkan arahan dengan jelas dan mudah difahami.
2.       Merapatkan hubungan dikalangan pekerja dengan pengarahan yang berkesan.
3.       Dapat menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat.

Pendekatan komunikasi Islam
1.       Berbicara dengan lemah lembut dan beradab sopan.
2.       Menggunakan perkataan, hikmah, dan nasihat dengan baik.
3.       Sentiasa bercakap benar dan membawa orang lain kearah kebenaran.

7.       ETIKA ISLAM DALAM ORGANISASI

Makna dan konsep etika
·         Etika bermaksud adab atau sikap yang menentukan tingkah laku.
·         Etika ini berkaitan dengan Istilah moral dalam tardisi Barat.
·         Dalam Islam, etika dan moral ini mirip kepada konsep akhlak yang mana dasarnya ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah.
·         Konsep akhlak pula bersifat mutlak, menyeluruh dan mempunyai pertimbangan dosa pahala.
·         Moral dalam tradidi Barat biasanya ditentukan oleh akal atau sesuatu masyarakat dan bersifat reletif dan tidak mutlak yang mana cara untuk menilainya melalui situasi tertentu.

Kepentingan etika
·         Memupuk nilai dan sikap positif dalam organisasi kerana dikawal oleh system yang sedia ada.
·         Menggalakkan persaingan yang sihat antara rakan sekerja berdasarkan etika kerja.
·         Mengurangkan pelbagai bentuk penyelewegan walaupun tidak secara menyeluruh.

Contoh etika kerja
·         Berazam meninggikan mutu perkhidmatan dengan meningkatkan kemahiran diri.
·         Berusaha mengikis sikap mementingkan diri dengan menggunakan taraf kedudukan.
·         Bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat dengan memberikan kefahaman semasa.

8.       KEPENTINGAN LATIHAN
-          Untuk memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan kebolehan pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif- organisasi dapat dicapai.
-          Untuk meningkatkan pengetahuan kemahiran, daya tahan pekerja, meninggikan skil pekerja, menambah kecekapan dan kepantsan dalam melakukan pekerjaan mengikut bidang tertentu.
-          Untuk menyesuaikan pekerja dengan sistem baru, prosedur dan cara kerja akibat daripada kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan.
-          Menolong pekerja lama dan pekerja baru menyesuaikan diri dengan kehendak sesuatu kerja baru dalam organisasi.

9.       PENGURUSAN PEJABAT (TUGAS KETUA PEJABAT)
·         Menyedia dan mempamerkan Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Slogan , Piagam Pelanggan dan carta organisasi lalu memastikan semua pegawai memahaminya.
·         Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) jabatan dan memastikan setiap pegawai mempunyai SKT masing-masing.
·         Memaklumkan kepada pegawai mengenai peraturan pengurusan sumber manusia seperti urusan perkhidmatan, tatatertib, kemajuan kerjaya, pengurusan kewangan.
·         Menyemak fungsi jabatan supaya dikemas kini dan selaras dengan objektif syarikat.
·         Menilai semula aktiviti jabatan yang tidak lagi perlu atau tidak sesuai dihapuskan.
·         Sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan bagi mengemas kini undang-undang dan peraturan yang berkaitan supaya sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.
·         Bertanggungjawab menyediakan senarai tugas setiap pegawai di agensinya.
·         mengadakan perhimpunan bulanan di peringkat jabatan.

10.   PENGURUSAN MESYUARAT
Tindakan
Tugas
Sebelum Mesyuarat
Menentukan agenda, masa dan tempat mesyuarat bersama pengerusi jawatankuasa, membuat tempahan bilik mesyuarat secara bertulis, menyediakan kertas kerja untuk perbincangan, menghantar surat jemputan, memastikan persediaan bilik mesyuarat, menentukan kehadiran dan memberitahu ahli mesyuarat tentang etika mesyuarat.
Semasa Mesyuarat
Catat minit mesyuarat, senarai kehadiran mesyuarat, perkara penting yang dibincangkan, keputusan yang dibuat, tindakan susulan yang perlu diambil.
Selepas Mesyuarat
Penyediaan minit mesyuarat, draf minit untuk kelulusan pengerusi selewatnya tiga hari selepas mesyuarat dan edarkan kepada ahli seminggu selepas tarikh  mesyuarat.



Jawatan
Tugas
Pengurusi
Datang awal sebelum waktu mesyuarat,  mulakan mesyuarat tepat pada waktunya, maklumkan tujuan yang hendak di capai, beri peluang sama rata kepada ahli, kawal perbincangan, kawal perjalanan masa, beri kesimpulan dari masa ke samasa, rumuskan perkara utama yang telah diputuskan, maklumkan keputusan yang telah diambil, maklumkan tindakan susulan yang perlu diambil, tetapkan tarikh, masa dan tempat mesyuarat akan datang dan tamatkan mesyuarat.
Setiausaha
Mengambil kehadiran, Mencatat Minit Mesyuarat, Penyediaan minit- draf minit selewat-lewatnya 3 hari selepas mesyuarat,
Ahli Mesyuarat
Memaklumkan kepada pihak pengurusan mengenai keputusan mesyuarat, mengambil tindakan di atas keputusan yang dicapai, dan memberi laporan maklumbalas kepada Urusetia secepat mungkin

No comments:

Post a Comment