KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN
ISMAIL PETRA
KERJA KURSUS
Usul Tafsir KDI 2160
TAJUK:
Pengumpulan
Al-Qur’an
Desediakan
oleh:
Izran
Bin Mohamad Saaban
Nombor
Matrik: 13110355
Disediakan
untuk:
Ustaz
Shafwan Ismail
Sesi
pengajian:
November
2013/2014
Pendahuluan
Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu petanda bahawa Islam adalah agama yang mesti dianuti oleh sekalian manusia. Al-Quran dapat membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan menyatakan tentang kewujudan, keesaan, dan kekuasaan Allah SWT dan segala sifat-sifat kesempurnaan-Nya untuk difahami dan dihayati oleh hamba-Nya yang beriman.
Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu petanda bahawa Islam adalah agama yang mesti dianuti oleh sekalian manusia. Al-Quran dapat membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan menyatakan tentang kewujudan, keesaan, dan kekuasaan Allah SWT dan segala sifat-sifat kesempurnaan-Nya untuk difahami dan dihayati oleh hamba-Nya yang beriman.
Penurunanan Al-Quran juga menerangkan
kepada manusia tentang akidah dalam perkara yang berkaitan keimanan dan
kepercayaan. Syariat yang dibawa daripada Nabi Muhammad S.A.W adalah untuk
membimbing manusia kearah kebenaran mengandungi hal-hal berkaitan ibadat,
muamalat, munakahat, jenayah dan faraid. Isi kandungan Al-Quran juga
menerangkan tentang akhlak mulia yang perlu dipraktikkan oleh setiap manusia
dalam setiap aspek kehidupan mereka. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkan
isi kandungannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup
manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan
kepada kita secara mutawatir, perkara yang dikandunginya adalah benar dan
qat’ie.
Mengikut sejarah, Al-Quran diturunkan kepada
Nabi Muhammad melalaui perantaraan Malaikat Jibril, dimana wahyu petama
diturunkan di Gua Hira’ pada malam 17 Ramadhan. Dari situ bermulanya
perkembangan wahyu. Setelah Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul, kegiatan
dakwah dan pengumupalan Al-Quran mula dijalankan. Setelah Islam melalui
perkembangan, para sahabat berlumba-lumba untuk menghafaz Al-Quran. Al-Quran
pada waktu itu ditulis pada ketul-ketul batu, batang-bantang pokok tamar,
tulang-tulang tamar, daun, kulit binatang dan sebagainya[1].
Setelah wafatnya baginda Rasulullah, para sabahat telah berusaha mengumpul
ayat-ayat Al-Quran utuk dijadikan sebuah kitab.
Perkembangan al-Quran pada zaman sahabat telah menjadikan al-quran pada
hari ini dikenali sebagai mashaf ‘Usmani.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam
mesti mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya..
Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui tetang sejarah pengumpulan
Al-Quran dengan lebih mendalam.
Pengertian
Pengumpulan
dan Penertiban Al-Qur'an:
Maksud pengumpulan Al-Qur'an Jam'ul Qur'an ( الجمع ) oleh para ulama adalah salah satu dari dua pengertian berikut:
Pertama; Pengumpulan dalam erti menghafalnya atau mengingatkan dalam hati. Jumma'ul Qur'an ertinya para penghafalnya, iaitu orang-orang yang menghafalnya di dalam hati.[2] Inilah makna yang dimaksudkan dalam firman Allah kepada Nabi, dimana Nabi sentiasa menggerak-gerakkan kedua bibir dan lidahnya untuk membaca Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu turun kepadanya sebelum Jibril selesai membacakannya, karana untuk menghafalnya.bedasarkan firman Allah:
Maksud pengumpulan Al-Qur'an Jam'ul Qur'an ( الجمع ) oleh para ulama adalah salah satu dari dua pengertian berikut:
Pertama; Pengumpulan dalam erti menghafalnya atau mengingatkan dalam hati. Jumma'ul Qur'an ertinya para penghafalnya, iaitu orang-orang yang menghafalnya di dalam hati.[2] Inilah makna yang dimaksudkan dalam firman Allah kepada Nabi, dimana Nabi sentiasa menggerak-gerakkan kedua bibir dan lidahnya untuk membaca Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu turun kepadanya sebelum Jibril selesai membacakannya, karana untuk menghafalnya.bedasarkan firman Allah:
لا
تحرك به لسانك لتعجل به. إن علينا جمعه وقرءانه. فإذا قرأناه فاتبع قرءانه. ثم إن
علينا بيانه.
“Janganlah kamu
gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat
(menguasai)nya. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya (di
dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai
membacakannya Maka ikutilah bacaannya itu. Kemudian, Sesungguhnya atas
tanggungan kamilah penjelasannya” (Surah Al-Qiamah: 16-19).
Kedua; Pengumpulan dalam erti penulisan Al-Qur'an keluruhannya samaada dalam bentuk bercerai-cerai ayat dah surahnya atau ayat sahaja yang tersusun sedangkan surahnya ditulis dalam naskah-naskah yang bersingan, atau tersusun semuanya dalam naskah yang disatukan dan tiap-tiap surah itu telah diatur mengikut susunan asalnya.[3]
Pengumpulan Al-Quran
Zaman Rasulullah SAW
Kita
telah mengetahui Al-Qur'an itu diturunkan secara beransur-ansur. Rasulullah
menerima A1-Qur'an melalui perantaraan malaikat Jibril kemudian beliau membacakan
serta memperdengarkan kepada para sahabat. Disebabkan Rasulullah sorang
yang tidak tahu membaca dan menulis, maka Baginda sentiasa menghafal dan
bergantung kepada kekuatan ingatan untuk untuk menghafal setiap ayat yang
diturunkan kepada Baginda. Selain itu, juga Baginda mentafsirkan dan
menjelaskan rahsia ayat yang diterima itu supaya dapat difahami dan jelas
maksud yangdikehendaki.[4] Pengumpulan Al-Qur’an pada masa Rasulullah
dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:
Konteks
Hafalan:
Al-Sayuti dalam kitab Al-Itqan menyebut stengah daripada pembaca atau qari itu nama-namanya sekali seperti mana yang tercatit dalam kitab Al-Qiraat karangan Abu Ubaid. Dari nukilannya jelas menunjukkan Abu Ubaid mencatitkan nama-nama qari dari kedua-dua golongan Muhajirin dan Ansar. Golongan Muhajirin dicatit oleh Abu Ubaid termasuk: Khalifa Ar-Rasyidin yang empat, Talhah, Saad, Abdullah Bin Mas'ud, Salim Bin Ma'qil, Abi Hudzaifah, Abu Hurairah, Abdullah Bin Saib, Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Amru Ibnul-As,Abdullah Bin Umar, Abdullah Bin Al-Zubir Aisyah, Hafsah dan Ummu Salmah. Manakala dari golongan Ansar pula ialah Muadz Bin Jabal, Majmuk Bin Jariah, Fudhalah Bin Ubaid, Musamah Bin Makhlad. Beliau menjelaskan juga bahawa sesetengah dari mereka itu menyempurnakan pengumpulan mereka selepas Nabi wafat.[5]
Al-Sayuti dalam kitab Al-Itqan menyebut stengah daripada pembaca atau qari itu nama-namanya sekali seperti mana yang tercatit dalam kitab Al-Qiraat karangan Abu Ubaid. Dari nukilannya jelas menunjukkan Abu Ubaid mencatitkan nama-nama qari dari kedua-dua golongan Muhajirin dan Ansar. Golongan Muhajirin dicatit oleh Abu Ubaid termasuk: Khalifa Ar-Rasyidin yang empat, Talhah, Saad, Abdullah Bin Mas'ud, Salim Bin Ma'qil, Abi Hudzaifah, Abu Hurairah, Abdullah Bin Saib, Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Amru Ibnul-As,Abdullah Bin Umar, Abdullah Bin Al-Zubir Aisyah, Hafsah dan Ummu Salmah. Manakala dari golongan Ansar pula ialah Muadz Bin Jabal, Majmuk Bin Jariah, Fudhalah Bin Ubaid, Musamah Bin Makhlad. Beliau menjelaskan juga bahawa sesetengah dari mereka itu menyempurnakan pengumpulan mereka selepas Nabi wafat.[5]
Orang-orang Muhajirin dan Ansar dan
Ummahatul-Mukminin yang dicatit nama mereka oleh Al-Qasim Bin Sallam itu adalah
merupakan sebahagian dari para sahabat Nabi yang telah mengumpul dan menghafaz
Al-Quran spenuhnya di dada mereka, serta berkesmpatan pula membentangkan dan
mengulangkaji hafalan mereka di hadapan Rasulullah dengan itu mereka dianggap
murid yang berguru kepada Rasulullah. Disamping golongan tadi ramai lagi para
sahabat yang telah menghafaz Al-Quran tetapi tidak berkesempatan membentang dan
mengulangkaji bacaan mereka di hadapan Rasulullah.[6]
Sungguhpun bilangan para sahabat
yang menghafaz Al-quran di zaman Rasulullah terlalu ramai, tetapi suatu perkara
yang menjadi keistimewaan mereka ialah minat dan tumpuan mereka yang jitu
kepada Al-Quran sehingga menguasai segenap jiwa raga merekamenjadikan seluruh
fikiran dan kemahuan mereka hanya tetumpu kepada membaca dan mendengar kitab
suci Al-Quran.[7]
Oleh yang demikian, jalaslah bahwa proses pengumpulan Al-Quran pada zaman
Rasulullah dihafal oleh para sahabat baginda dan dimentelaah bersama Rasulullah
bagi memudahkan mereka mengingati ayat yang dihafal secara betul.
Konteks
Penulisan:
walaupun hafalan merupakan penekanan utam dalam persoalan pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah, namun begitu, tidah pernah pula para sahabat mengabaikan kepentingan menulis dan mencatat Al-Quran. Cuma apa yang jelasnya, penulisan dan catatan itu dilakukan oleh sahabat yang kadar yang diizinkan oleh oleh Baginda dan dengan cara peralatan yang sesuai pada zaman mereka, contohnya, para sahabat menulis Al-Quran di pelepah tamar, tulang belulang dan batu.[8]
walaupun hafalan merupakan penekanan utam dalam persoalan pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah, namun begitu, tidah pernah pula para sahabat mengabaikan kepentingan menulis dan mencatat Al-Quran. Cuma apa yang jelasnya, penulisan dan catatan itu dilakukan oleh sahabat yang kadar yang diizinkan oleh oleh Baginda dan dengan cara peralatan yang sesuai pada zaman mereka, contohnya, para sahabat menulis Al-Quran di pelepah tamar, tulang belulang dan batu.[8]
Rasulullah saw mengangkat para penulis wahyu
Al-Qur'an dari sahabat-sahabat terkemuka, seperti Khulafa Ar-Rasyidin Abu
Bakar, Umar, Usman, Ali, Muawiyah, Ubay bin Ka'ab dan Zaid bin Tsabit. Bila
ayat turun, Raulullah memerintahkan mereka supaya menuliskannya dan
menunjukkan, di mana tempat ayat tersebut dalam surah. Maka penulisan pada
lembaran itu membantu penghafalan dalam hati.[9]
Rumusannnya, pada zaman Rasulullah
menunjukkan pembukuan Al-Quran masih lagi belum dijalankan dan ini menjelaskan
bahawa pada zaman ini kaedah hafalan dan penulisan sahaja digunakan. Hal ini
juga membuktikan, Al-Quran sudah terjaga dengan rapi dalam bentuk hafalan dan
penulisan.
Pengumpulan Al-Qur'an Zaman
Abu Bakar
Apabila
Abu Bakar menjawat jawatan khalifah setelah kewafatan nabi,beliau terpaksa
menghadapi berbagai peristiwa hebat dan persoalan sukar.diantara
peristiwa-peristiwa ialah gerakan memerangi mereka yang enggan membayar
zakat,nabi palsu,golongon murtad dan termasuk peperangan al-Yamamah yang
berlaku dalam tahun 12 hijrah.dalam peperangan al-Yamamah khasnya,kira-kira 70 orang para sahabat yang
menghafal Al-Quran telah gugur syahid. Kejadian itu amat mengharukan saidina
umar,lalu beliau Umar bin Khatab merasa khawatir melihat kenyataan ini lalu ia
menghadap Abu Bakar dan mengajukaan usul agar mengumpulkan Al Qur'an karena
dikhawatirkan akan musnah dan mencadangkan supaya Al-Quran dikumpulkan ke dalam
satu mashaf yang teratur ayat dan surahnya. Pada awalnya Abu Bakar menolak
usulan ini karena hal ini belum pernah dilakukan oleh Rasulullah, namun pada
akhirnya Abu Bakar menerima cadangan Umar tersebut lalu beliau memerintahkan
Zaid bin Thabit untuk melaksanakan tugas ini,.[10]
Zaid bin Thabit r.a. mula mengumpul
al-Quran yang telah ditulis di atas pelepah tamar, batu-bata termasuklah
melalui hafazan para sahabat dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang
lain. Zaid bin Thabit dipilih melakukan pekerjaan tersebut memandangkan kewibawaannya
dalam ilmu tentang al-Quran, amanah dan merupakan sahabat yang terakhir
mengkhatamkan al-Quran di hadapan Rasululah SAW
dan termasuk salah seorang penulis wahyu dan pernah majlis Tadarrus Al-Quran
antara Nabi dengan Jibril kali terakhir.[11] Melalui usaha tersebut
maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.
Sepanjang melaksanakan tugasan tersebut, Zaid bin Thabit cukup berhati-hati di dalam menerima ayat-ayat Al-Quran yang diperdengarkan kepada beliau. Bagi beliau, tidak memadai bacaan al-Quran yang diperdengarkan dengan cara hafazan sahaja, bahkan mesti bertulis dan disaksikan oleh dua orang saksi. Dalam melakukan kerja pengumpulan ayat-ayat Al-Quran ini, Zaid Bin Thabit menghadapi masalah untuk menyiapkannya. Hal ini dapat dilihat di dalam kes ayat akhir Surah al-Taubah(ayat 128) yang hanya didapati berada pada simpanan Abu Khuzaimah al-Ansari. Ini bukanlah bererti bahawa ayat al-Quran ini tidak bersifat mutawatir. Sebenarnya ramai sahabat termasuklah Zaid sendiri telah menghafaz ayat ini. Apa yang dimaksudkan dengan frasa “hanya didapati berada pada simpanan Abu Khuzaimah al-Ansari” ialah ayat ini tidak terdapat dalam keadaan bertulis kecuali di dalam tulisan yang disimpan oleh Abu Khuzaimah al-Ansari. Ayat ini telah dihafaz oleh ramai sahabat, disaksikan oleh ramai sahabat bahawa ianya ditulis, namun yang terdapat hanyalah tulisan atau rekod yang berada di dalam simpanan Abu Khuzaimah
Sepanjang melaksanakan tugasan tersebut, Zaid bin Thabit cukup berhati-hati di dalam menerima ayat-ayat Al-Quran yang diperdengarkan kepada beliau. Bagi beliau, tidak memadai bacaan al-Quran yang diperdengarkan dengan cara hafazan sahaja, bahkan mesti bertulis dan disaksikan oleh dua orang saksi. Dalam melakukan kerja pengumpulan ayat-ayat Al-Quran ini, Zaid Bin Thabit menghadapi masalah untuk menyiapkannya. Hal ini dapat dilihat di dalam kes ayat akhir Surah al-Taubah(ayat 128) yang hanya didapati berada pada simpanan Abu Khuzaimah al-Ansari. Ini bukanlah bererti bahawa ayat al-Quran ini tidak bersifat mutawatir. Sebenarnya ramai sahabat termasuklah Zaid sendiri telah menghafaz ayat ini. Apa yang dimaksudkan dengan frasa “hanya didapati berada pada simpanan Abu Khuzaimah al-Ansari” ialah ayat ini tidak terdapat dalam keadaan bertulis kecuali di dalam tulisan yang disimpan oleh Abu Khuzaimah al-Ansari. Ayat ini telah dihafaz oleh ramai sahabat, disaksikan oleh ramai sahabat bahawa ianya ditulis, namun yang terdapat hanyalah tulisan atau rekod yang berada di dalam simpanan Abu Khuzaimah
Dalam riwayat mengatakan ada
bersama Abu Khuzaimah Al-Ansar yang mana Rasulullah menyamakan syahadahnya sama
dengan syahadah dua lelaki lain” (Al-Burhan 1/234). Tetapi dalam “Tahzib
Al-Tahzib”(3/140) menunjukkan bahawa Khuzaimah bin Sabit Al-Ansari yang
memiliki dua syahadah itu bukannya Abu Khuzaimah. Dan dalam Al-Bukhari
bab(Fadhailatul-Quran meriwayatkann Zaid menemui ayat pada Khuzaimah itu ialah
ayat dari Surah Al-Ahzab, bukan Surah Al-Taubah.[12] Hal ini membuktikan
bahawa Zaid seorang yang cukup cermat dan berhati-hati di dalam melakukan
tugasannya. . Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk memastikan bahawa
bacaan tersebut benar-benar datang daripada Rasulullah SAW dengan cara hafazan
dan tulisan.
Ada satu lagi kisah yang masyhur dalam
sejarah pengumpulan Al-Quran pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar
As-Siddiq. Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Dawud daripada Hisyam bin Urwah
daripada ayahnya bahawa Khalifah Abu Bakar pernah memerintahkan kepada Umar
al-Khattab dan Zaid bin Thabit supaya duduk di pintu masjid dan menunggu para
sahabat memperdengarkan bacaan ayat al-Quran yang ada pada mereka. Jika mereka
membawa dua orang saksi maka bacaan mereka diterima. Al-Sakhawiy telah berkata
bahawa yang dimaksudkan dengan dua orang saksi di sini ialah mereka yang
bersaksi sesungguhnya apa yang mereka bacakan itu adalah benar dan telah
ditulis di hadapan Rasulullah SAW semasa baginda masih hidup. Tujuan mereka
berbuat demikian ialah untuk memastikan bahawa bacaan tersebut benar-benar asli
dan datang daripada Rasulullah SAW dengan cara hafazan dan tulisan.[13]
Setelah beberapa peringkat dalam
keraja mengumpul Al-Quran yang telah diamanahkan oleh Abu Bakar, Zaid Bin
Thabit mengambil masa selama satu tahun bagi menyempurnakan tugas beliau itu.
Apabila kesemuanya telah lengkap, naskah Al-Quran diberi nama Mashaf Abu Bakar.[14]
Kesimpulannya, al-Quran pada masa
ini telah pun dikumpul di dalam satu mushaf. Namun pada masa ini, masih
terdapat mushaf peribadi sahabat yang lain seperti mushaf Ali, mushaf Ubay, mushaf
Ibn Mas’ud. Bezanya mushaf sahabat-sahabat lain lebih merupakan koleksi
peribadi mereka. Keistimewaan mushaf yang dikumpul oleh Khalifah Abu Bakar
berbanding sahabat-sahabat lain pada masa itu ialah mushaf ini merupakan mushaf
yang cukup teliti, dikutip dan disemak oleh sebuah jawatankuasa yang
berkelayakan dan dipercayai sehingga ke tahap mutawatir. Selain itu, ia juga
mendapat pengiktirafan seluruh sahabat dan kaum muslimin.
Kemudian hasil penulisan ini disimpan di tangan Abu Bakar sehingga beliau
wafat. Setelah beliau wafat lembaran-lembaran itu berpindah ketangan umar dan
tetap berada ditagannya hingga ia wafat. Kemudian mushaf itu berpindah ke
tangan Hafsah, putri Umar. Pada permulaan khalifah Usman, Usman memintanya dari
tangan Hafsah.[15]
Pengumpulan Al-Qur'an Zaman Usman
Pada zaman pemerintahan Khalifah Usman Bin Affah r.a, wilayah negara Islam telah berkembang luas merangkumi sehingga wilayah Tripoli Barat, Armenia dan Azarbaijan. Pada waktu itu, Islam sudah tersebar ke beberapa wilayah di Afrika, Syiria dan Parsi. Para penghafal Al-Quran akhirnya tersebar kerana ingin mengembangkan usaha dakwah dalam membantu kaum di wilayah yang baru untuk mengajarkan tentang Al-Quran, kesan daripada perkembangan ini menimbulkan banyak persoalan baru, iaitu perbezaan pendapat di kalangan kaum muslimin mengenai cara bacaan (qira’at) al-Qur’an.[16]
Pada zaman pemerintahan Khalifah Usman Bin Affah r.a, wilayah negara Islam telah berkembang luas merangkumi sehingga wilayah Tripoli Barat, Armenia dan Azarbaijan. Pada waktu itu, Islam sudah tersebar ke beberapa wilayah di Afrika, Syiria dan Parsi. Para penghafal Al-Quran akhirnya tersebar kerana ingin mengembangkan usaha dakwah dalam membantu kaum di wilayah yang baru untuk mengajarkan tentang Al-Quran, kesan daripada perkembangan ini menimbulkan banyak persoalan baru, iaitu perbezaan pendapat di kalangan kaum muslimin mengenai cara bacaan (qira’at) al-Qur’an.[16]
Penduduk yang baru memeluk Islam di wilayah
masing-masing mempelajari dan menerima bacaan Al-Quran dari para sahabat ahli Qira’at.
Sebagai contoh, penduduk di wilayah Syam, belajar al-Qur’an dengan Ubay bin
Ka’ab. Manakala, penduduk di Kufah pula berguru dengan Abdullah bin Mas’ud
sementara penduduk yang tinggal di Basrah berguru dan membaca al-Qur’an dengan
qira’at Abu Musa al-Asy’ari.[17]
Jenis qira’at yang dimiliki dan
diajarkan oleh ahli Qira’at masing-masing lain berlainan cara bacaannya. Kesan
daripada perbezaan bacaan oleh kaum muslimin pada zaman itu menimbulkan impak yang negatif. Masing-masing
saling membanggakan qira’at mereka dan saling mengakui bahawa qira’at mereka
yang paling baik dan benar. Hal ini juga menyebakan berlakunya perpecahan
antara umat Islam pada zaman itu. Melihat kepada berlakunya kes ini, Usman
segera mengundang para sahabat dari Ansar dan Muhajirin bermusyawarah bagi
mencari jalan penyelesaian dari masalah serius tersebut. Akhirnya satu
kesepakatan agar mushaf Abu Bakar disalin kembali menjadi beberapa mushaf
dipersetujui. Mushaf-mushaf itu kemudiannya dikirim ke seluruh wilayah Islam untuk
dijadikan rujukan bagi kaum muslimin.[18]
Bagi melakasanakan tugas tersebut,
Khalifah Usman melantik empat orang sahabat, iaitu Zaid bin Thabit, Abdullah
ibn Zubair, Sa’id ibn al-‘As dan Abdurrahman ibn al-Haris ibn Hisyam. Keempat-empat
orang ini adalah para penulis wahyu. Mereka ditugaskan menyalin mushaf Al-Quran
yang tersimpan di rumah Hafsah iaitu isteri Rasulullah. Hasil kerja para
sahabat tersebut, empat mushaf Al-Quran diwujudkan. Tiga diantaranya dikirim ke
Syam, Kufah, dan Basrah dan satu mushaf ditinggalkan di Madinah untuk Usman
sendiri yang kemudiannya dikenal sebagai al-Mushaf al-Imam. Ada juga riwayat
yang mengatakan jumlah pengadaan mushaf sebanyak 5 buah, ada lagi yang
menyebut 7 buah dan dikirim selain tiga tempat di atas ke Mekkah, Yaman, dan
Bahrain. Agar persoalan perbezaan pendapat mengenai bacaan Al-Quran dapat
diselesaikan, Khalifah Usman memerintahkan semua mushaf al-Qur’an yang berlainan
dengan hasil kerja “panitia empat” ini segera dibakar.[19]
Secara kesuluruhannya, usaha
tersebut telah berjaya melahirkan mushaf baru sebagai rujukan kaum muslimin dan
menghilangkan perselisihan serta perpecahan di antara mereka. Beberapa
karakteristik mushaf al-Qur’an yang ditulis pada masa Utsman ibn ‘Affan antara
lain:[20]
1. Ayat-ayat
Al-Quran yang ditulis kesemuanya berdasarkan riwayat yang mutawatir.
2. Tidak
memuatkan ayat-ayat yang mansukh.
3. Surah-surah
mahupun ayat-ayatnya telah disusun dengan tertib sebagaimana Al-Quran yang kita
kenal sekarang. Tidak seperti mushaf al-Qur’an yang ditulis pada masa Abu Bakar
yang hanya disusun menurut tertib ayat, sementara surah-surahnya disusun menurut
urutan kronologi penurunan wahyu.
4. Tidak
memuatkan sesuatu yang tidak tergolong Al-Quran, seperti yang ditulis sebagian
sahabat Nabi dalam mushaf masing-masing, sebagai penjelasan atau keterangan
terhadap makna ayat-ayat tertentu.
5. Lahjah
yang dipakai dalam mushaf ini hanya lahjah Quraisy sekalipun pada mulanya
diizinkan membacanya dengan menggunakan lahjah yang lain.
Perbezaan Pengumpulan
Al-Quran Antara Abu Bakar Dan Usman
Pengumpulan
mushaf Al-Quran oleh Khalifah Abu Bakar r.a berbeza dengan pengumpulan yang
dilakukan Khalifah Usman r.a dari segi tujuan dan cara mereka. Tujuan Abu Bakar
adalah kebimbangan beliau bahawa akan hilangnya ayat-ayat Al-Quran kerana
banyaknya para huffaz dan para qari yang gugur dalam peperangan. Manakala,
tujuan Usman dalam mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran ialah kerana banyaknya
perbezaan dalam cara-cara membaca Al-Quran yang disaksikannnya sendiri di
wilayah-wilayah Islam dan mereka saling menyalahkan antara satu dengan yang
lain.
Pengumpulan Al-Quran yang dilakukan
Abu Bakar ialah memindahkan satu tulisan atau catatan Al-Quran yang bertebaran
di kulit-kulit binatang, tulang, dan pelepah kurma, kemudian dikumpulkan semula
dalam satu mushaf, dengan ayat-ayat dan surah-surahnya yang tersusun serta
tertib dalam satu mushaf, dengan ayat-ayat dan surah-surahnya serta tertib
dengan bacaan yang tidak dimansukh dan tidak mencakupi ketujuh huruf
sebagaimana ketika Qur’an itu diturunkan.
Sedangkan pengumpulan yang
dilakukan Usman adalah menyalinnya menjadi satu huruf di antara ketujuh huruf
itu, untuk mempersatukan kaum muslimin dalam satu mushaf dan satu huruf yang
mereka baca tanpa keenam huruf lainnya. Ibnut Tin dan yang lain mengatakan:
“Perbezaan antara pengumpulan Abu
Bakar dan Usman ialah bahawa pengumpulan yang dilakukan Abu Bakar disebabkan
oleh kebimbangan akan hilangnya sebagian ayat-ayat Al-Quran kerana kematian
para penghafalnya, disebabkan ketika itu Al-Quran belum terkumpul disatu tempat
lalu Abu Bakar mengumpulkannya dalam bentuk lembaran-lembaran dengan
menertibkan ayat-ayat dan surahnya. Manakala pengumpulam Usman sebab banyaknya
perbezaan dalam hal qiraat, sehingga mereka membacanya menurut loghat mereka
masing-masing dengan bebas dan ini menyebabkan timbulnya sikap saling
menyalahkan, kerana khuawatir akan timbul pelbagai masalah, Usman segera
memerintahkan para sahabat yang lain menyalin lembaran-lembaran itu dalam satu
mushaf dengan menertibkan surah-surahnya dan membatasinya hanya pada bahasa
quraisy saja ia perlu dibaca dengan alasan bahawa qur’an diturunkan dengan
bahasa mereka (quraisy)." Sekalipun pada mulanya memang diizinkan
membacanya dengan bahasa selain lahjah quraisy. Menurutnya, keperluan demikian
sudah berakhir, karena itulah ia membatasinya hanya pada satu loghat sahaja.
Al-Haris al-Muhasibi mengatakan:
“Yang masyhur di
kalangan orang banyak ialah bahwa pengumpul Al-Quran itu Usman. Pada hal
sebenarnya tidak demikian, Uthman hanyalah berusaha menyatukan umat pada satu
(wajah) qiraat, itupun atas dasar kesepakatan antara beliau dengan kaum
Muhajirin dan Ansar yang hadir dihadapannya.serta setelah ada kebimbangan
timbulnya kemelut kerana perbezaan yang terjadi kerana penduduk Iraq dengan
Syam dalam cara qiraat. Sebelum itu mushaf-mushaf itu dibaca dengan berbagai
jenis qiraat yang didasarkan pada tujuh huruf dengan mana Al-Quran diturunkan.
Sedangkan yang lebih dahulu mengumpulkan Qur’an secara keseluruhan adalah Abu
Bakar as-Sidiq.
Dengan usahanya itu Usman telah
berjaya menghindarkan timbulnya pelbagai fitnah dan mengikis sumber
perselisihan serta menjaga isi kandungan Al-Quran dari penambahan dan
penyimpangan sepanjang zaman.[21]
Kesimpulan
Bedasarkan
apa yang telah saya utarakan, jelaslah bahawa Al-Qur’an adalah kitab suci
terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia. Setelah Al-Qur’an
selesai diturunkan, maka tidak akan ada lagi kitab suci yang diturunkan
sesudahnya. Sebagai kitab suci terakhir, kaum Muslimin harus terus menjaga
kesucian kitab ini. Hal ini kerana kitab suci ini diturunkan untuk menjadi
kitab petunjuk bagi umat manusia, agar manusia dapat hidup dengan sentiasa
diberkati di dunia hingga akhirat.
Sebagaimana
yang kita tahu, Al-Quran berfungsi sebagai bahan panduan dan rujukan bagi
kehidupan manusia masa lalu. Jika Al-Quran sudah tercemar atau diubah, semestinya
ia tidak lagi dianggap kitab suci yang berfungsi sebagai bahan panduan kepada
manusia. Jika Al-Quran tidak dijaga dengan sabaiknya, maka menyebabkan
hilangnya kepercayaan masyarakat terhadap keaslian kitab suci ini seperti mana
yang berlaku kepada kitab umat selain Islam. Manusia pada akhirnya akan memilih
jalan kehidupannya sendiri tanpa ada pengawalan dari sumber kebenaran, iaitu
agama yang diredai oleh Allah. Jika hal ini berlaku, maka kehidupan manusia akan
menunju kepada kehancuran. Padahal agama diturunkan oleh Allah adalah untuk
mengarahkan manusia menuju ke jalan yang benar.
Kisah kaum
Yahudi dan Nasrani menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita sekalian.
Orang Yahudi dan Nasrani telah kehilangan sumber ajaran mereka yang asli, perkara
ini terjadi kerana dilakukan pengubahsuaiannya dan tokok tambah oleh manusia
yang tidak bertanggungjawab, sehinggkan Kitab Taurat dan Injil tidak lagi asli
sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Isa.
Ketidakaslian kedua kitab suci tersebut membawa impak yang sangat besar dalam
kehidupan keagamaan kedua umat tersebut, antara lain adalah perselisihan
pandangan antara kedua kitab suci tersebut dengan kehidupan mereka.
Oleh
itu, kaum muslimin dan muslimat dituntut untuk terus menjaga keaslian kitab
suci Al-Qur’an dengan seluruh kemampuan yang ada dengan memperbanyakkan ahli Al-Quran
yang selalu berkhidmat kepada Al-Quran, baik dari segi penulisan ilmiah, pembacaan,
penghafalan, mahupun penafsirannya.
Rujukan
Al-Quran:
-
Kementerian Dalam Negeri,
2007, Al-Quran Dan Terjemahan, Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur, Halaman 577, Surah
Al-Qiamah: 16-19
Buku
Ilmiah:
-
Dr. Subhi Salleh, 1977, Kajian
Al-Quran, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 1
-
Dr. Rosmawati Ali, 2010, Pengantar
Ulum Al-Quran, Pustaka Salam, Kuala Lumpur
-
Said Agil Husin Al-Munawar, 2002
Cetakan ke-2, Membangun Tradisi Kesalehan Hakiki, Ed. Abdul Halim,
Ciputat Press, Jakarta
-
Hasanuddin
AF, 1995, Anatomi al-Qur’an: Perbedaan Qira’at dan Pengaruhnya terhadap Istinbath
Hukum dalam al-Qur’an, PT. Grafindo Persada, Jakarta
Laman Sesawang:
-
Google,
Pengumpulan Dan Penerbitan Al-Quran, 2012-2013, http://alislamu.com/dunia-islam/6206-pengumpulan-dan-penertiban-al-quran.html dirujuk pada 20
Disember 2013.
Google, Sejarah
Pengumpulan Al-Quran, 2012-2013, http://waazin.blogspot.com/2013/01/sejarah-pengumpulan-mushaf-al-quran.html#sthash.Hhp1TMiv.dpuf
dirujuk pada 19 Disember 2013.
[1]
Dr. Subhi Salleh, 1977, Kajian Al-Quran, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur, Bab 1, Halaman 79.
[2]
Ibid, Hlm 73.
[3]
Ibid.
[4]
Dr. Rosmawati Ali, 2010, Pengantar Ulum Al-Quran, Pustaka Salam, Kuala Lumpur,
Halaman 44.
[5]
Dr. Subhi Salleh, 1977, op.cit, Halaman 76.
[6]
Dr. Subhi Salleh, 1977, Op.cit, Halaman 75.
[7]
Ibid, Halaman 77
[8]
Dr. Rosmawati Ali, 2010, Op.cit, Halaman 46.
[9]
Dr. Subhi Salleh, 1977, op.cit, Halaman 79
[10]
Dr. Rosmawati Ali, 2010, Op.cit, Halaman 48 & 49
[11]
Dr. Rosmawati Ali, 2010, Op.cit.
[12]
Dr. Subhi Salleh, 1977, Op.cit, Halaman 86 & 87.
[13]
Ibid, Halaman 88.
[14]
Dr. Rosmawati Ali, 2010, Op.cit, Halaman 50.
[15] Google, Pengumpulan Dan
Penerbitan Al-Quran, 2012-2013, http://alislamu.com/dunia-islam/6206-pengumpulan-dan-penertiban-al-quran.html
[16] Said Agil Husin Al-Munawar, 2002 Cetakan
ke-2. Membangun Tradisi Kesalehan Hakiki, Ed. Abdul Halim, Ciputat
Press, Jakarta, Halaman 20.
[17]
Hasanuddin AF, 1995, Anatomi al-Qur’an: Perbedaan Qira’at dan Pengaruhnya
terhadap Istinbath Hukum dalam
al-Qur’an, PT. Grafindo Persada, Jakarta, Halaman 56.
[18]
Dr. Subhi Salleh, 1977, Op.cit, Halaman 94.
[19] Said Agil Husin Al-Munawar, 2002, Op.cit,
Halaman 21.
[20]
Ibid, halaman 21 & 22.
[21] Google, Sejarah Pengumpulan Al-Quran, 2012-2013, http://waazin.blogspot.com/2013/01/sejarah-pengumpulan-mushaf-al-quran.html#sthash.Hhp1TMiv.dpuf
No comments:
Post a Comment