TAJUK BUKU:
FIQH POLITIK HASAN AL-BANNA
FIQH POLITIK HASAN AL-BANNA
KARANGAN:
DR M. ABDUL QADIR ABU FARIS
DISEDIAKAN OLEH:
IZRAN BIN MOHAMAD SAABAN
13110357
PENSYARAH:
USTAZ ZULQARNAIN BIN HASSAN
BIL
|
ISI KANDUNGAN
|
HALAMAN
|
1
|
SINOPSIS SETIAP BAB
|
1
|
Pengertian
Fiqh Politik
|
1
|
|
Kebolehan
Imam Hasan Al-Banna Dalam Bidang Fiqh Dan Politik
|
2
|
|
Sumber-Sumber
Fiqh Politik Menurut Imam Hasan Al-Banna
|
3
|
|
Islam Dan
Politik
|
4
|
|
Islam Dan
Kolonialisme Barat
|
4
|
|
Ikhwanul
Muslimin Dan Politik
|
5
|
|
Tuntutan-Tuntutan
Politik
|
5
|
|
Pemerintahan
Islam
|
6
|
|
Perubahan
Secara Berperinkat
|
8
|
|
Penerapan
Hukum-Hukum Syari'ah Islam
|
9
|
|
Sikap
Terhadap Undang-Undang Konvensional
|
10
|
|
Kaedah-Kaedah
Perlembagaan Bagi Ikhwanul Muslimin
|
12
|
|
Al-Hali
Wal Aqdi
|
12
|
|
Sistem
Pemilihan
|
12
|
|
Wanita
Dan Peranannya Dalam Politik
|
13
|
|
Minoriti
Non-Muslim Dalam Negara Islam
|
14
|
|
Meminta
Bantuan Kepada Non-Muslim
|
14
|
|
Kesedaran
Politik Menunjukkan Kepada Fiqh Politik
|
15
|
|
Fiqh
Politik Dan Wasiat Hasan Al-Banna
|
16
|
|
Taat
Dalam Fiqh Politik Imam Hasan Al-Banna
|
17
|
|
Kesatuan
Arab Dan Islam
|
18
|
|
Beberapa
Pemahaman Politik Islam
|
19
|
|
2.0
|
ULASAN
|
20
|
3.0
|
KESIMPULAN
|
23
|
4.0
|
BIBLIOGRAFI
|
23
|
5.0
|
LAMPIRAN KULIT BUKU
|
24
|
1.0 SINOPSIS SETIAP BAB
Pengertian Fiqh Politik
Fiqh:
Fiqh dari sudut bahasa asal kata dari kata kerja “Faquha”
yang bererti “memahami” atau disebut sebagai kecerdasan. Makna Fiqh
sebenarnya tidak hanya mengetahui tetapi pemahaman yang mengharuskan penggunaan
akal fikiran, serta mencapai kepada pemahaman itu setelah melalui usaha yang
keras. Manakala menurut istilah pula ialah, Fiqh tidak boleh didapati oleh
manusis-manusia biasa, kerana ia hanya tertumpu kepada seseorang yang memiliki
kemampuan akal yang tinggi, memiliki tingkat keimanan yang tinggi dan memiliki
kebaikan yang spesifik seperti mana Firman Allah SWT:
Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka
(bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di
bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya
Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang
mengerti (secara mendalam).[1]
Politik:
Politik dalah bahasa arab adalah siasah yang bermaksud penjagaan. Dari segi istilah pula adalah orang yang memberikan perhatian kepada urusan-urusan ummat dan memahaminya dengan teliti, mengerti dan mencari penyelesaiannya berdasarkan idea dan pemikirannya yang betul.
Politik dalah bahasa arab adalah siasah yang bermaksud penjagaan. Dari segi istilah pula adalah orang yang memberikan perhatian kepada urusan-urusan ummat dan memahaminya dengan teliti, mengerti dan mencari penyelesaiannya berdasarkan idea dan pemikirannya yang betul.
Fiqh Politik
Jika kedua-dua perkataan ini digabungkan, maka fiqh politik
bererti pemahaman yang mendalam tentang urusan-urusan ummat baik luaran mahupun
dalaman, mengawal urusan-urusan ummat, serta memeliharanya sesuai dengan
hukum-hukum syari’at dan petunjuk-petunjuknya.[2]
Kebolehan Imam Hasan Al-Banna Dalam Bidang Fiqh Dan Politik
Ketika beliau masih kecil hidupannya dalam suasana keilmuan terutama
ilmu fiqh. Ayahnya seorang ulama hadis yang sangat terkenal. beliau memiliki
kecerdasan minda yang sangat tinggi. Hal ini dibuktikan dengan kelulusan
pengajianya dari Darul Ulum pada ketika usianya kurang dari 21 tahun dan
mendapat anugerah peringkat pertama bagi seluruh mahasiswa Darul Ulum pada
ketika itu.
Banyak kitab-kitab
yang dikarangan oleh ulama yang sudah beliau hafal, diantaranya adalah Al
Jauharah, Ar Rahbiyah Fil Ilmil Mawarits, Al Fath Al Qadir, dan lain-lain. Beliau
juga menguasai bidang hukum dan memahami secara mendalam tentang undang-undang
dasar konvensional dan buku-buku yang ditulis oleh para ahli hukum. Beliau juga
banyak membaca kitab-kitab fiqh umum dan fiqh politik lalu menukilkan
hukum-hukum fiqh dari kitab-kitab tersebut dalam pelbagai risalah mahupun buku
dan artikelnya.
Ketika mana Imam Imam
Hasan Al-Banna masih menjadi seorang pelajar yang umurnya belum melebihi
sepuluh tahun, ia sudah membentuk organisasi di sekolah yang ia beri nama
“Organisasi Mencegah perkara yang Diharamkan”, beliau yang menjadi pemimpin
dalam organisasi itu. Bentuk kerja dalam organisasi ini ialah jika ia melihat
seseorang dari masyarakat melanggar hukum syara’ maka meraka semua akan
diperingatkan secara yang berhikmah, iaitu organisasi itu akan mengirim sepucuk
surat lalu menasihati untuk terus konsisten dengan mengamalkan hukum syara’.
Imam Hasan Al-Banna
sangat mengambil berat tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh ummat Islam
dan mengikuti perkembangan hal-hal politik yang berlaku di dalam dunia Islam
serta di luar dunia Islam. Hal ini kerana, beliau sangat mengetahui mengenai
kolonialisme barat yang sedang menyebarkan propaganda meraka pada waktu itu.
Setelah meneliti tentang perkara tersebut kemudian beliau akan menjelaskan
pandangan-pandangannya terhadap isu tersebut sesuai dengan pandangan syari’at.[3]
Sumber-Sumber Fiqh Politik Menurut Imam Hasan Al-Banna
Terdapat beberapa sumber fiqh politik Menurut Imam Hasan
Al-Banna, sumber fiqh politik yang paling utama untuk dijadikan rujukan tidak
lain tidak bukan adalah Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah seterunya kitab-kitab
fiqh.
Al-Qur`an
Al-Qur`an mengandungi isu-isu hukum, pemerintahan dan para pimpinan, keadilan hukum, tanggungjawab rakyat terhadap pemimpin, musyawarah antara pemimpin dengan rakyat dan persoalan-persoalan politik lainnya. Selain itu, Al-Qur`an juga membahaskan secara panjang lebar dalam hal yang berkaitan dengan harta dan kewangan, cara-cara yang yang diharamkan dalam mengumpul kekayaan, hak mendapatkan pekerjaan, hak kepemilikan, hak warisan, hak fakir miskin terhadap harta orang-orang yang diberikan kelapangan rezeki, harta rampasan perang dan perpajakan serta prinsip ekonomi yang lain.
Al-Qur`an mengandungi isu-isu hukum, pemerintahan dan para pimpinan, keadilan hukum, tanggungjawab rakyat terhadap pemimpin, musyawarah antara pemimpin dengan rakyat dan persoalan-persoalan politik lainnya. Selain itu, Al-Qur`an juga membahaskan secara panjang lebar dalam hal yang berkaitan dengan harta dan kewangan, cara-cara yang yang diharamkan dalam mengumpul kekayaan, hak mendapatkan pekerjaan, hak kepemilikan, hak warisan, hak fakir miskin terhadap harta orang-orang yang diberikan kelapangan rezeki, harta rampasan perang dan perpajakan serta prinsip ekonomi yang lain.
Hadis
Imam Hasan Al-Banna sangat berpegang teguh pada hadis Rasulullah dalam fiqh politik dan perekonomian yang beliau miliki, kerana sumber Hadis banyak membahaskan tentang permasalahan politik dan perekonomian.
Imam Hasan Al-Banna sangat berpegang teguh pada hadis Rasulullah dalam fiqh politik dan perekonomian yang beliau miliki, kerana sumber Hadis banyak membahaskan tentang permasalahan politik dan perekonomian.
Buku Fiqh
Buku-buku fiqih merupakan aset berharga umat Islam yang banyak
membahaskan hal politik seperti persoalan pemerintah yang mengandungi
syarat-syarat, hak-hak, kewajiban-kewajiban, dan persoalan tentang kriteria-kriteria
ahlul hilli wal ‘aqdi serta persoalan kepemimpinan yang mengurus masalah negara
dan rakyat.
Berasal dari sumber inilah beliau memberikan penilaian terhadap
sistem politik untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian dan ketidak sesuaiannya
dengan ajaran Islam.[4]
Islam dan Politik
Islam adalah agama universal iaitu meliputi semua urusan
kehidupan. Menurut Imam Hasan Al-Banna, tidak ada pemisahan antara agama dan
politik seperti ungkapan bahawa tidak ada kebaikan pada agama yang tidak ada
politik dan tidak ada kebaikan dalam politik yang tidak ada agama.[5]
Islam dan Kolonialisme Barat
Imam Hasan Al-Banna selalu mengingatkan ummat Islam bahawa barat
dengan propagandanya akan menyebarkan pendapat yang batil dan ajaran-ajaran
yang tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, diantaranya ialah barat telah
mempropagandakan bahawasanya Islam tidak ada hubungannya dengan pemerintahan,
kekuatan, politik dan jihad. Islam tidak menuntut umatnya untuk membela tanah
air mereka dan membebaskan tanah air mereka dari orang-orang yang merampasnya. Beliau
menyebut sifat pemahaman Islam ala barat itu dengan nama baharu iaitu Islam
Kolonialis Barat. sedangkan di dalam Al-Qur’an terdapat dalil yang mewajibkan
adanya politik dan kepemimpinan dalam Islam
Dan hal ini dinafikan
oleh pemerintahan sekular Turki yang dulu terbentuknya Negara secular buat
pertama kali yang bertujuan untuk memecah belah ummat Islam. Menurut Imam Hasan
Al-Banna, tugas ummat Islam adalah menjelaskan agama Islam sebagaimana yang dikehendaki
Allah kepada manusia iaitu Islam yang menjadi aqidah, syari’at dan sistem
kehidupan.
Kemudian melalui Fiqh
politiknya, Imam Hasan Al-Banna juga telah menghimpun barisan tenteranya ke
medan jihad untuk mengusir para Islam Kolonialis yang diciptakan oleh Barat dari
bumi Islam. Islam harus memimpin. Islam harus berkuasa. Islam harus mengatur
urusan hidup manusia.[6]
Ikhwanul Muslimin dan Politik
Imam Hasan Al-Banna mengatakan dalam risalah Muktamar ke Enam[7]; “kami adalah ahli
politik, dalam makna, kami memerhatikan urusan-urusan ummat. Kami yakin bahawa
kekuatan eksekutif adalah sebahagian dari ajaran agama Islam. Ianya termasuk
dalam kerangka agama Islam dan menjadi sebahagian dari hukum-hukum Islam.
Kebebasan berpolitik adalah satu rukun dari rukun agama Islam dan menjadi salah
satu kewajiban dari kewajiban agama ini. Kami berusaha sungguh-sungguh untuk
melengkapi kebebasan ini dan untuk memperbaiki alat eksekutif. Kami memanglah
demikian. Kami tidak membawa sesuatu yang baru. Ini adalah sesuatu yang sudah
diketahui oleh setiap muslim yang mempelajari agama Islam secara benar. Kami
hanya mengenal dakwah kami dan kami tidak mengetahui erti keberadaan kami
kecuali untuk merealisasikan tugas-tugas ini. Dengan demikian, kami tidak
keluar sehelai rambutpun dari dakwah kepada agama Islam. Islam tidak cukup
disampaikan dengan nasihat atau ceramah, tetapi selalu mendorong kepada
perjuangan dan jihad. Allah berfirman : “Dan orang-orang yang berjihad untuk
(mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka
jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang
berbuat baik.” [8]
Tuntutan-Tuntutan Politik
Imam Hasan Al-Banna mengemukakan syarat-syarat terperinci untuk
diutuskan kepada Raja-Raja di negara arab. Permintaan ini meliputi beberapa
bidang, dan cadangan yang meliputi beberapa bahagian berikut:
- Politik, peradilan dan pengurusan
negara.
- Sosial dan budaya, Beliau
mengusulkan 30 cadangan yang mampu dilakukan apabila mendapatkan perhatian
serius.
- Dalam
bab ekonomi, tidak kurang dari 10 cadangan bagi memperbaiki sistem ekonomi
sehingga sesuai dengan prinsip-prinsip Islam.
Pemerintahan Islam
Menurut Imam Hasan Al-Banna, pemerintahan Islam adalah
pemerintahan yang terdiri dari pemerintah yang beragama Islam, melaksanakan
kewajiban-kewajiban agama Islam dan tidak melakukan maksiat secara
terang-terangan, melaksanakan hukum-hukum dan ajaran agama Islam. Pemerintah
itu beragama Islam kerana para pelakunya, kerana komitmen mereka terhadap
akhlak-akhlak agama Islam dan kerana melaksanakan hukum-hukum syari’at.
Menurut beliau,
pemerintahan merupakan salah satu dari rukun agama Islam atau salah satu dari
kewajiban agama, tetapi kewajiban mendirikan pemerintahan Islam tidak sama
dengan kewajiban-kewajiban agama Islam yang lain. Kerana Islam tidak dapat
direalisasikan sebagaimana yang dikehendaki Allah kecuali jika ada pemerintah
yang menerapkan hukum-hukumnya dalam semua bidang kehidupan baik kehidupan
politik, ekonomi, peradilan, hubungan antarabangsa mahupun yang lain.
Selain daripada itu, Imam
Hasan Al-Banna juga menyebutkan bahawa agama Islam mewajibkan tegaknya kaedah
sistem sosial yang dibawa oleh agama ini kepada manusia. Islam tidak tidak
membenarkan jama’ah ummat Islam yang tidak memiliki seorang imam (pemimpin).
Berikut merupakan fungs-fungsi pemerintahan menurut Imam Hasan
Al-Banna:
1.
Menjaga keamanan dan melaksanakan
undang-undang
2.
Menyelenggarakan pendidikan
3.
Mempersiapkan kekuatan
4.
Memelihara kesihatan
5.
Memelihara kepentingan umum
6.
Mengembangkan kekayaan dan memelihara harta
benda
7.
Mengukuhkan akhlak
8.
Menyebarkan dakwah
Kemudian hak pemerintah juga turut disebutkan oleh Imam Hasan
Al-Banna, bahawa hak ini akan wujud jika negara telah menjalankan kewajipannya.
Diantaranya hak tersebut adalah hak rakyat, sikap taat dan membantu dengan jiwa
dan harta.
Dalam tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah, Imam Hasan
Al-Banna membahaginya kepada dua :
1.
Sikap terhadap penyimpangan pemerintah Islam.
Jika pemerintah tidak melaksanakan kewajibannya, maka berilah nasihat. Kemudian
jika pemerintah tidak mendengar nasihat Ahlul Hali Wal Aqdi dan tidak
mendengarkan seruan untuk membetulkan segala kesilapan, maka pemerintah itu
harus dipecat dan dibubarkan.
2.
Sikap terhadap pemerintah yang tidak
menerapkan ajaran Islam. Imam Hasan Al-Banna berpendapat bahawa pemerintah
seperti ini tidak boleh mendapat pengakuan. Dan ummat Islam harus berjuang
untuk menjatuhkannya. Ummat Islam harus berjuang untuk membebaskan kekuasaan
eksekutif dari kaum jahiliyah. Cara pertama yang digunakan adalah jalai damai.
Tetapi jika dakwah Islam terus dihalang, maka akan dipakai kaedah kekuatan iaitu
dengan kekuatan aqidah dan agama kemudian kekuatan persatuan serta kekuatan fizikal
dan senjata.
Di samping itu, Beliau turut menemukan kaedah lain hasil daripada
rujukan terhadap Al-Qur`an dan Hadis iaitu kaedah yang diterapkan apabila berlakunya
halangan dalam ruang lingkup dakwah dan pendakwah. Caranya ialah dengan
menggunakan strategi pembentukan dan pengkaderan individu muslim, diiringi oleh
peringkat terbentuknya keluarga muslim, seterusnya fasa terbentuknya negara
Islam hingga sampai ke penghujung dan puncak perjuangan dengan terdirinya
Khilafah Islamiyyah.
Pada peringkat awal, kaedah ini
lebih menitikberatkan pada isu pembentukan aqidah dan nilai-nilai agama yang
kukuh, kemudian beransur pada peringkat pengukuhan persatuan dan ikatan umat
Islam, setelah itu baru dengan menggunakan kekuatan senjata dan perlengkapan-perlengkapan
ketenteraan.[9]
Perubahan Secara Berperingkat
Imam Hasan Al-Banna dalam dakwahnya menerapkan sistem berperingkat
yang mana tahap terakhir dari dakwahnya adalah merubah keadaan jahiliyah dan
menciptakan kehidupan yang Islami. Peringkat-peringkat ini memerlukan waktu
yang panjang, kesabaran, dan ketabahan. Sikap yang paling berbahaya adalah
sikap gopoh, tergesa-gesa, spekulatif, dan tidak melihat kepada perhitungan
terhadap keadaan sekelilignya sehingga menjadi hancur dan menghancurkan setiap
orang yang berada di sekelilingnya. Tahap tersebut adalah :[10]
1.
Pengenalan (Ta’rif)
- Ianya berupa
pengenalan dengan tujuan-tujuan dakwah dan sarana-saranan jama’ah serta
mengajak masyarakat untuk mengikuti asas pemikiran Islam melalui perubahan.
2.
Pembentukan (Takwin)
- Berupa pemilihan
kader-kader yang memiliki kesanggupan berkorban demi perjuangan Islam dan
perjuangan mendirikan negara Islam. Hal ini dilakukan dengan beberapa siri program-program
berbentuk tarbiyah yang komperhensif yang mencakupi tarbiyah ruhiyyah
(spiritual), tarbiyah ‘aqliyyah (intelektual) dan tarbiyah jasadiyyah (fizikal).
Dari tarbiyah yang komperhensif ini adalah diharapkan akan melahirkan generasi-generasi
yang telah bersedia berjuang dan berjihad demi cita-cita yang mulia iaitu
menegakkan panji-panji Islam dan mendirikan negara Islam.
3.
Pelaksanaan (Tanfiz)
- Tahap ini berbentuk
aplikasi (tanfiz) dalam wujud kerja nyata di tengah kehidupan bermasyarakat.
Pada peringkat ini baru akan terlihatnya hasil yang sempurna dari misi dakwah
Ikhwanul Muslimin. peringkat ini tidak akan menampakkan hasil yang memuaskan apabila
tidak akan membuahkan hasil tanpa didahului tahapan ta’rif dan takwin.
Penerapan Hukum-Hukum Syari'ah
Islam
Pada bab Penerapan Hukum-Hukum Syari'ah Islam ini, Imam Hasan Al-Banna
berpendapat bahawa walaupun gerakan politik Ikhwanul Muslimin memiliki perancangan
yang rapi untuk membebaskan kekuasaan eksekutif dari kuasa-kuasa pemerintah
yang tidak melaksanakan hukum-hukum Allah.
Seterusnya, setelah
usaha ini berjaya maka mereka akan melaksanakan langkah-langkah penerapan
hukum-hukum Allah itu pada keadaan yang tepat dan sesuai. Bukan terus menerus
dalam keadaan Negara masih lagi dikuasai oleh peradaban barat yang bersifat
lebih kepada materialistik, mencari keuntungan, akhlak yang jahiliyah, dan rakyat
masih dalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah.
Beliau juga turut
menjelaskan keadaan itu dengan cara membentuk fenomena umum yang Islami dengan
mewujudkan akhlak Islam dan nilai iman yang mana dengan terbentuknya generasi
mujahid yang ikhlas dalam berjihad dijalan Allah, mujahid yang sudah berjaya mengalahkan
hawa nafsunya, kesenangan yang dimilikinyanya, dan kebiasaan kehidupannya
sehari-hari. Kemudian dipersiapkan secara rohiah dengan bekalan iman dan
aqidah. Pemikiran mereka juga dipersiapkan dengan ilmu dan budaya dan tidak
ketinggalan juga fizikal mereka ini turut dipersiapkan melalui pelbagai latihan.
Kemudian, beliau juga turut
berpendapat bahawa segala jenis kemungkaran yang berlaku harus dibendung dengan
kekuatan, lisan, dan hati. Namun Imam Hasan Al-Banna belum melihat waktu yang
tepat untuk mencegah kemungkaran dengan kekuatan. Imam Hasan Al-Banna melakukan
perubahan dengan menggunakan lisan semenjak kecil dan begitu juga seterusnya
hingga beliau mendirikan jama’ah Ikhwan Muslimin. Walaupun beliau berkuasa
mencegah kemungkaran dengan tangan seperti menghancurkan tempat-tempat minum arak,
boleh dilakukan dengan mendesak namun beliau menyerahkannya kepada pemerintah
untuk mengadakan undang-undang yang mengatur hal tersebut.[11]
Sikap Terhadap Undang-Undang
Konvensional
Imam Hasan Al-Banna berpendapat bahawa undang-undang
konvensional yang menyalahi syari’at Islam maka tidak boleh ditaati, dilaksanakan,
dan berlindung dibawahnya.[12] Bahkan kita perlu
menentangnya sebagaimana firman Allah:
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut
apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari
sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling
(dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya
Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian
dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.
Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih
baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin”.[13]
Kepemimpinan Negara
1. Tanggungjawab ketua negara
Pemimpin patut mendapat tentangan dari rakyat apabila pemimpin
tidak melakukan kewajipannya. Hak yang patut diperoleh pemimpin adalah
mendapatkan hak sokongan, kekuasaan, dan kepatuhan dari rakyat. Pendapat
pemimpin dan wakilnya dalam sebuah masalah yang tidak ada nas atau masalah yang
mengandung berbagai jenis kemungkinan dan dalam masalah mursalah (lepas) maka
pendapat itu wajib dipatuhi selama tidak bertentangan dengan kaidah-kaidah
syari’at. Dalam hal ini, ummat Islam adalah pemberi mandat, dan pemimpin adalah
penerima mandat. Masing-masing harus melaksanakan kewajibannya dahulu sebelum
mendapat haknya.
2. Ketua negara dan penggunaan
kuasa
Penggunaan kuasa dari
seorang ketua negara terhadap orang lain yang telah dipilih dalam pemilihan raya
untuk ditugaskan bagi membantu menguruskan rakyat sama dengan pendapatnya
sendiri atau hasil ijtihadnya sendiri adalah dibolehkan.
3. Khilafah
Menurut Imam Hasan Al-Banna khilafah adalah syiar Islam yang
harus difikirkan oleh setiap muslim untuk menegakkannya kembali. Khilafah
merupakan simbol penyatuan ummat Islam dan simbol hubungan antara negara-negara
Islam. Banyak hukum dalam agama Islam ini yang dikembalikan kepada seorang
khalifah. Penegakkan khilafah Islam didahului oleh berdirinya pemerintahan
Islam di negara-negara Islam. Hubungan antara negara-negara Islam itu kemudian
menjadi semakin kuat dalam sebuah negara Islam antarabangsa. Negara Islam antarabangsa
ini disebut dengan Lembaga Antarabangsa bagi Ummat Islam.
Dalam salah satu rukun bai’at, iaitu amal, disebutkan
tingkatan-tingkatan amal yang dimulai dengan memperbaiki diri sendiri,
membentuk keluarga muslim, membentuk masyarakat muslim, membebaskan
negara-negara Islam dari kekuasaan penjahan asing, memperbaiki pemerintahan,
menegakkan kembali lembaga antarabangsa bagi ummat Islam.
4. Bentuk negara dalam Islam
Imam Hasan Al-Banna berpendapat bahawa pemerintahan dalam Islam
/ negara Islam didirikan atas dasar tiga kaidah, iaitu;
- Tanggung jawab
pemimpin dihadapan Allah dan dihadapan manusia.
- Persatuan umma Islam
atas dasar aqidah Islam.
- Menghormati kehendak
ummat melalui kewajipan untuk bermusyawarah, mengambil pendapat-pendapat dari
ummat islam dan menghormati perintah atau larangan dari ummat.
Apabila tiga kaedah ini telah dipenuhi, maka barulah dinamakan
negara tersebut sebagai negara Islam, apapun bentuknya dan apapun namanya. Nama
dan bentuk tidak jadi penanda aras.[14]
Kaedah-Kaedah Perlembagaan Bagi Ikhwanul Muslimin
Dasar-dasar yang menjadi perlembagaan utama dan tertinggi bagi Ikhwanul
Muslimin diambil dari kitab al-Quran dan Sunnah Rusulullah.[15]
Al Hali Wal Aqdi
Ahlul hali wal aqdi adalah golongan yang digunapakai pendapatnya
tentang hal rakyat dan diselesaikan secara muafakat atau atas dasar majoriti. Mereka
adalah:[16]
1.
Ahli Fiqh dan para mujtahid yang
pendapat-pendapat mereka dijadikan sebagai pegangan dalam mengeluarkan fatwa mahupun
mengambil suatu hukum.
2.
Orang-orang yang memiliki keahlian dalam
urusan-urusan yang bersifat umum.
3.
Orang yang memiliki kepemimpinan dikalangan
masyarakat seperti para pemimpin rumah tangga dan keluarga, pemimpin kabilah
atau ketua kelompok masyarakat.
Sistem Pemilihan
Imam Hasan Al-Banna memilih sistem pemilihan bagi memilih ahlul
hali wal aqdi. Dalam pemilihan tesebut, beliau menjelaskan lima syarat :[17]
1.
Para calon anggota legislatif yang
menncalonkan diri dikehendaki yang mewakili lembaga-lembaga maka mereka harus
memiliki program-program yang jelas dan tujuan-tujuan yang nyata yang dijadikan
sebagai dasar.
2.
Membuat kempen untuk pemilihan umum dan
mengutuk kepada sesiapa sahaja yang melanggar kempen tersebut.
3.
Memperbaiki jadual pemilihan dan memberikan
hak kepada rakyat untuk bersuara.
4.
Menjatuhkan hukuman yang berat terhadap rasuah
dalam sesuatu perlantikan.
5.
Pemilihan dilakukan berdasarkan pendaftaran
dan bukan pemilihan individu agar kepentingan umum dapat menggantikan
kepentingan pribadi ketika menilai para wakil anggota legislatif atau yang
berhubungan dengan mereka.
Wanita Dan Peranannya Dalam Politik
Dalam Islam, wanita yang sudah baligh tidak wajib untuk bekerja
dan membiayai hidupnya sendiri dari hasil kerjanya. Tetapi kaum lelakilah yang
menanggung mereka semenjak mereka lahir hingga meninggal dunia. Sebelum menikah
maka yang mengurus perempuan adalah walinya. Jika tidak memiliki ayah, maka
saudara lelakinya atau kerabatnya. Setelah menikah pula, maka suaminya yang
menanggungnya. Jika suaminya bercerai atau meninggal maka tanggungjawab untuk
mengurusnya kembali kepada ayah, saudara lelaki atau kerabatnya.
Keadaan ini sangat berbeda
dengan yang terjadi di Barat, wanita yang sudah mencapai usia baligh diberi
kebebasan. Sehingga para wanita harus bekerja di pabrik/kantor demi mencukupi
kebutuhan kehidupannya. Maka, Imam Hasan Al-Banna berpendapat untuk menolak
pemikiran yang mengeluarkan perempuan dari tugas-tugas rumah tangga menuju
tempat umum. Beliau, juga mengkritik ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
Kerana menurutnya perempuan adalah sebahagian dari masyarakat dan perempuan
memiliki pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat.
Dalam politik Islam,
wanita telah diberikan keluasan untuk melaksanakan hal politik bahkan juga ketenteraan.
Contohnya, kaum wanita turut membai’at Rasulullah dalam Bai’at Aqabah pertama
dan kedua. Kaum wanita juga turut membai’at Rasulullah ketika memutuskan untuk
menyerang penduduk Makkah dengan kekuatan setelah tersebar berita utusan yang
dianiaya oleh orang musyrik.
Kaum perempuan juga
boleh untuk menyebarkan dakwah kepada perempuan lainnya. juga diperbolehkan
melakukan amar makruf dan nahi munkar kepada orang-orang yang melakukan
perbuatan munkar, baik kepala pemerintahan atau yang lain. Mereka juga
diizinkan menuntut hak mereka baik melalui lembaga peradilan mahupun selain
lembaga peradilan. Namun, Imam Hasan Al-Banna berpendapat bahawa wanita tidak
diperbolehkan memegang jabatan negara kecuali dalam keadaan darurat.[18]
Minoriti Non-Muslim Dalam
Negara Islam
Islam memandang kepada non-muslim sesuai dengan sikap mereka
memandang ummat Islam. Apabila mereka bersikap dengan damai, dengan menepati
kewajiban-kewajiban mereka terhadap ummat Islam dan tidak membantu musuh-musuh
Islam maka ummat Islam wajib untuk bersikap baik terhadap mereka, melindungi
mereka, dan menjaga jiwa mereka, harta mereka, dan kehormatan mereka.[19]
Meminta Bantuan Kepada
Non-Muslim
Imam Hasan Al-Banna berpendapat bahawa diperbolehkan meminta
bantuan kepada non-muslim tetapi dengan dua syarat berikut:
1.
Dalam keadaan darurat
2.
Tidak pada jabatan-jabatan negara
Apa yang dimaksudkan
dari keadaan darurat adalah kepentingan-kepentingan yang tidak dapat dipisahkan
dari kehidupan manusia dan untuk merealisasikan maksud-maksud syari’at dalam
menjaga lima dasar, iaitu menjaga agama, menjaga jiwa, menjaga harta, menjaga
keturunan, dan menjaga akal manusia. Kerana dalam keadaan darurat kaedah yang
berlaku mengatakan bahawa keadaan darurat membolehkan perkara-perkara dilarang.
Jabatan yang mengatur
urusan negara dalam Islam mencakupi pemerintahan, peradilan dan kehakiman serta
para penguasa, Al-Mawardi menulis dalam bukunya Al-Ahkam As-Sulthaniyyah wa
Al-Wilayaat Ad-Diniyyah bahawa klasifikasi jabatan-jabatan yang mengatur urusan
negara itu seperti: Jabatan Pengurusan Jihad, Polis, Jabatan Kehakiman, Ketua-Ketua
Daerah, Jabatan Perumahan, Perpajakan, Jabatan Zakat, Waqaf, Infak Dan Sedekah,
Jabatan Pengurusan Harta Rampasan Perang dan sebagainya. Kesemua jenis jabatan
tersebut tidak boleh dipangku oleh non-Muslim.[20]
Kesedaran Politik Menunjukkan Kepada Fiqh Politik
1. Menjaga jarak dari dominasi para penguasa dan tokoh-tokoh
berpengaruh.
Imam Hasan Al-Banna sangat
menginginkan dakwah Ikhwanul Muslimin yang berjalan di atas landasan dakwah
para Rasul utusan Allah, iaitu dakwah terhadap para kaum dhu’afa dan
orang-orang fakir, serta dakwah yang menjaga jarak dari dominasi para pemerintah
dan tokoh-tokoh berpengaruh, terlebih dalam usia dakwah yang masih belum
mencapai 10 tahun. Alasannya, kerana para penguasa yang berpengaruh tersebut
tentu memiliki target, misi dan kepentingan peribadi mahupun golongan majoriti
dan berkuasa. Semua itu mereka jadikan bahan gunaan bagi menggapai cita-cita
duniawi serta keinginan peribadi sehingga bila dakwah ini hanya ditujukan
dengan orang-orang seperti itu, dibimbangi mereka akan mengubah arah, misi
utama, program dan metode dakwah ini yang berjuang menciptakan kehidupan Islami
dan membentuk pemerintahan Islam.
2. Menjaga jarak dari beragam organisasi dan parti-parti politik
Hal itu dilakukan kurang lebih kerana
motif yang tak jauh berbeza dari alasan di atas, agar tidak mendatangkan dampak
negatif terhadap keutuhan dan kesatuan barisan para pejuang dakwah serta tidak
menularkan perpecahan, ketidakakuran dan persaingan antar sesama anggota parti
mereka terhadap barisan pejuang dakwah. Dengan demikian, dakwah bisa berjalan mengikuti
arah rel yang benar dan tidak digiring ke arah dan orientasi yang keliru menuju
perpecahan, permusuhan dan akibat-akibat lain yang tidak relevan dengan
semangat persaudaran Islam.
Sikap ini merupakan strategi dakwah yang bersifat temporal, yaitu pada
periode permulaan dakwah dan saat jumlah kader dan simpatisan masih terbatas.
Adapun jika dalam gerbong dakwah telah bergabung sejumlah besar kader,
simpatisan, partisipan dan orang-orang yang siap berjuang lewat dakwah ini,
maka kehadiran tokoh-tokoh penting, figur-figur berpengaruh, maupun koalisi
partai-partai lain bisa dimaklumi, selama mereka bisa diarahkan dan ditarbiyah.[21]
Fiqh Politik Dan Wasiat Hasan Al-Banna
Beliau adalah seorang ulama yang memahami nas syarak
yang mendalam dan sangat memahami persoalan-persoalan Islam, peristiwa-peristiwa
politik dunia. Beliau telah terlibat aktif dalam peristiwa-peristiwa penting dunia
politik semenjak di bangku sekolah dan universiti. Banyak warisan dari Imam
Hasan yang sangat menggelorakan semangat dakwah Islam. Berikut ini beberapa di
antaranya dari sekian wasiat-wasiatnya:[22]
1.
Bersegera bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana
sekalipun keadaan seseorang itu apabila azan dikandangkan.
2.
Memperbanyakkan bacaan al-Quran, membuka kitab-kitab untuk
menambah ilmu, sentiasa ke majlis2 ilmu, memperbanyakkan zikir dan jangan
membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.
3.
Berusaha bertutur dalam bahasa Arab kerana Bahasa Arab adalah
syiar Islam.
4.
Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5.
Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6.
Jangan terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang berjuang
itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap
perkara.
7.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki
oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang
sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.
Jauhilah daripada mengumpat, mengecam organisasi, dan janganlah
bercakap melainkan sesuatu yang memberi kebaikan.
9.
Berkenal-kenalanlah dengan setiap orang Islam yang ditemui kerana
asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.
Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh
itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Taat Dalam Fiqh Politik Imam Hasan Al-Banna
Pada bab ini ianya sangat berkait rapat dengan bab yang telah saya
nyatakan pada halaman sebelum ini iaitu Perubahan Secara Berperingkat. Imam
Hasan Al-Banna menganggap ketaatan dan kesetiaan ahli terhadap beliau sebagai
salah satu kepada kerukunan bai'at. Apa yang aku maksudkan dengan taat adalah:
Mematuhi perintah dan melaksanakannya dengan segera sama ada dalam keadaan
kesusahan ataupun kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci. Ini adalah
kerana peringkat dakwah ini ada tiga peringkat:[23]
1.
Peringkat Taarif iaitu pengenalan.
Ini merupakan peringkat
menyebarkan fikrah secara umum di kalangan manusia. Sistem dakwah dalam
peringkat ini adalah seperti sistem sebuah organisasi.
2.
Peringkat Takwin (pembentukan).
Ini dilakukan dengan memilih
unsur-unsur yang layak untuk menanggung bebanan jihad dan juga menyatukan
antara mereka. Sistem dakwah pada peringkat ini adalah secara sufi di sudut
rohani, sistem ketenteraan di sudut praktikalnya. Slogan pada dua perkara ini
(amal dan taat) adalah dengan tidak berbelah bahagi, tidak menarik balik, tidak
ragu dan tidak merasa tertekan. Katibah-katibah Ikhwan pada peringkat ini akan
dibentuk dan akan diaturkan oleh perutusan dasar yang lalu dan juga perutusan
ini.
3.
Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan).
Dakwah pada peringkat ini adalah
peringkat jihad yang tidak ada tolak ansur di dalamnya, amalan yang berterusan
dan usaha untuk sampai kepada matlamatnya, cabaran dan bala yang hanya akan
dapat disabari oleh orang yang benar. Tidak ada yang mengimbangi peringkat ini
kecuali dengan taat yang sempurna juga.
Kesatuan Arab Dan Islam
Imam Hasan Al-Banna menjelaskan bahawa Arab dalam dakwah Ikhwanul
Muslimin memiliki posisi yang sangat penting dan strategik kerana Arab
merupakan umat Islam yang pertama. Islam muncul dan berkembang dari negeri Arab
dan berbahasa Arab. Islam tersebar ke serata pelusuk negeri melalui orang-orang
Arab. Kitab sucinya juga berbahasa Arab. Bersatunya bangsa-bangsa dengan nama
Islam atas bahasa Arab. Justeru, Arab adalah merupakan inti kepada agama Islam.
Oleh yang demikian, Al-Banna
memperingatkan akan bahaya terlepasnya Mesir dari persatuan Arab dengan
menjelaskan bahawa betapa pentingnya Mesir berpegang teguh pada bahasa Arab dan
semangat Arab kerana Arab sebagai sebuah bangsa yang berakar umbi dari Teluk
Parsi hingga ke Lautan Atlantik.
Seterusnya, Imam Hasan Al-Banna
juga menjelaskan bahawa persatuan Arab merupakan perkara yang sangat penting
untuk mengembalikan daulah Islam dan kemuliaannya. Wajib ke atas setiap muslim
untuk bekerja bagi menghidupkan kembali persatuan Arab dan kesatuannya,
mendukung dan membelanya, kerana tanpa adanya seiring sekata pada bangsa Arab
dan kebangkitannya maka tidak akan terjadi kebangkitan Islam.
Ikhwanul Muslimin telah
menempatkan isu dunia Arab seluruhnya terutama isu kemerdekaan negara-negara
Arab dari penjajahan Barat dan isu persatuan Arab serta mengisi semua
suratkhabar dan risalah mereka dengan berita-berita tentang dunia Arab dan
membela permasalahannya, memberikan kesedaran akan situasi politik dan angkatan
tenteranya. Tidak diragui bahawa penglibatan IM dalam Perang Palestin pada
tahun 1948 adalah merupakan bukti terbesar dan konkrit tentang perasaan yang
mendalam terhadap bangsa Arab yang tertanam dalam diri dan jiwa IM yang secara
sukarela berjuang di Palestin.[24]
Beberapa Pemahaman Politik Islam
Imam Hasan Al-Banna terbukti mampu melahirkan pemahaman-pemahaman
politik Islam terkait beberapa terminonogi (istilah) politi yang berkembang di
Mesir, negeri-negeri Aran dan juga Dunia Islam lainnya. Di antara terminologi
tersebut adalah Al-Qaumiyyah (Nasionalisme) serta Al-Wathaniyyah (Cinta Tanah
Air). Tentang masalah ini, Imam Hasan Al-Banna mengemukakan istilah-istilah
baru terkait dengan prinsip nasionalisme serta menjelaskan bagaimana pandangan
Islam terhadap prinsip tersebut:[25]
1. Nasionalisme Kebanggaan
2. Nasionalisme Kebangsaan
3. Nasionalisme Jahiliyyah
4. Nasionalisme Permusuhan
5. Nasionalisme Islam
6. Kebangsaan
7. Kebangsaan Palsu
2.0 ULASAN BUKU
Faktor Penamaan Tajuk
Buku
Nama bagi tajuk buku ini ialah “Fiqh Politik Hasan Al-Banna”.
Faktor utama pengarang menamakan buku ini adalah kerana pengarang juga
merupakan ahli politik dan ahli gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang diasakan
oleh Imam Hasan Al-Banna yang mana ianya sangat berkait rapat dengan
peribadinya. Penjelasan ini akan saya nyatakan secara detail pada ulasan
berikutnya.
Biografi Pengarang
Sebelum saya mengulas lebih lanjut bahawa mengapa pengarang menamakan
buku ini dengan tajuk “Fiqh Politik Hasan Al-Banna”, maka persoalan ini dapat terjawab
apabila kita sama-sama meneliti serba sedikit mengenai latar belakang
pengarang. Buku ini dikarang oleh Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris yang
berasal dari daerah Falujah, Palestin. Beliau lahir tahun 1940. Beliau
merupakan aktivis Gerakan Dakwah di Jordan dan menjawat jawatan sebagai anggota
Parlimen Jordan. Beliau juga merupakan Professor dan Ketua Jabatan Pengajian
Fiqh dan Perundang-Undangan di Fakulti Syari’ah Universiti Jordan. Antara
jawatan yang terpenting beliau ialah Direktor Majlis Tsaqofah Wattarbiyah di
Lembaga Markaz Islami Al-Khairiyah, mantan Anggota Maktab Tanfizi Ikhwanul
Muslimin, Anggota Majlis Syura Ikhwanul Mislimin dan Parti Ikhwan di Jordan. Seterusnya,
Beliau memiliki lebih dari 30 karya buku berkaitan dengan Hukum Islam, Sirah
Nabawiyah, Politik Islam dan Gerakan Islam. Dr Abu Faris memiliki ilmu syari’ah
yang mendalam sehinggakan beliau mampu mengeluarkan fatwa.
Fizikal Buku
Bagi menjelaskan dari segi fizikal buku, ianya berkulit lembut.
Buku ini mengandungi sebanyak 149 halaman. Selain itu, ia juga telah dicetak sebanyak
beberapa kali ke pelbagai bahasa terutamanya dalam bahasa Indonesia manakala
ianya diterjemahkan pula ke dalam bahasa Malaysia melalui terbitan Mutiara Ilmu
Selekta Sdn Bhd pada tahun 2007 dengan satu kali cetakan. Kualiti cetakkannya
juga amat bagus kerana mempunyai bentuk fizikal luaran yang dapat menarik minat
orang ramai untuk membacanya.
Persembahan Buku
Gaya bahasa yang dipaparkan dalam buku ini bersifat sederhana dan
ianya amat sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan umur terutamanya dikalangan anak
muda dan remaja yang ingin menggerakan organisasi dakwah.
Perbandingan Dengan Buku-Buku Lain
Kekuatan buku
·
Mengandungi fakta yang tepat dan sahih.
Contohnya pada halaman 4 pada buku ini menunjukkan Imam Hasan Al-Banna banyak
merujuk dan menukilkan kitab-kitab fiqh, isi ini disokong oleh buku
bertajuk “Al-Syahid Hasan Al-Banna: Pengasas Ikhwan Muslimin”.[26] Seterusnya, isi
kandungan pada halaman 90 buku ini disokong oleh buku “Rukun Gerakan Islam”
dimana buku ini juga turut menerangkan tentang tiga peringkat dalam melakukan
dakwah.[27]
Kelemahan Buku
·
Hanya menonjolkan Hasan Al-Banna sebagai
pelopor utama gerakan Ikhwan Muslimin tanpa melibatkan tokoh-tokoh gerakan Ikhwan
Muslimin yang lain seperti Sayyid Qutb yang mana beliau juga merupakan antara
pejuang Ikhwan Muslimin seperti yang dinyatakan dalam buku yang bertajuk
“Dakwah dan etika politik di Malaysia”.[28]
·
Isi kandungannya berkenaan dengan fiqh politik
adalah tidak menyeluruh jika dibandingkan buku “Indahnya Politik Cara Islam”
kerana buku Fiqh politik Hasan Al-Banna ini hanya melibatkan pada aspek
ketokohan individu samata-mata. Manakala, buku Indahnya Politik Cara Islam pula
menyatakan dengan lebih jelas mengenai politik Islam, dari segi pengurusan dan
sistem kenegaraan. Begitu juga dengan isu-isu semasa dan dalam hal-hal kontemporari
seperti dalam aspek berbilang Jemaah, pengudian calon, demokrasi, dan perlimen.[29]
Penggunaan Sebagai
Bahan Rujukan Siasah Syar’iyyah
Melalui hasil penelitian daripada buku ini dapat saya jelaskan
bahawa buku tidak sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dalam pengajian siasah
kerana kupasannya berkenaan dengan fiqh politik adalah tidak menyeluruh. Foktor
lain juga adalah disebabkan kandungan buku ini hanya tertumpu kepada aspek
sejarah dan reformasi oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin dengan hanya membincangkan
tentang isu-isu politik yang berlaku di Timur Tengah khususnya di Mesir sahaja
tanpa melibatkan pembelajaran yang mendalam dalam bagi siasah syar’iyyah secara
spesifik.
Pengajaran
Melalui buku ini terdapat beberapa pengajaran yang dapat
diplikasikan dalam kehidupan kita sebegai Muslim. Dari hasil pembacaan saya,
sejarah membuktikan Imam Hasan Al-Banna telah membentuk suatu pemikiran politik
yang berlandaskan fahaman yang tepat tentang Islam. Agama yang merupakan
panduan hidup yang lengkap dan bersepadu. Ia sekaligus menggariskan dasar dalam
gerakan Ikhwan al-Muslimin. Dasar ini seterusnya mencorak agenda kebangkitan
ummah dan proses pembinaan sebuah negara Islam yang unggul. Berdasarkan susur
galur Imam Hasan Al-Banna ini, hendaklah kita menjadikan beliau sebagai contoh
teladan dalam membentuk politik konvensinal kepada politik yang bersih melalui
undang-undang syariah.
Beliau merupakan seorang
mujaddid, pejuang, pendakwah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui syahid
di jalan Allah. Al-Syahid Hasan Al-Banna dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama yang
tidak dapat dipisahkan. Kemunculan beliau bersama Ikhwanul Muslimin membawa
kembali cahaya kebenaran dan menghapuskan segala bentuk perhambaan daripada
manusia jahil kepada manusia sejati. Hal ini telah terbukti dengan melihat
luasnya pengaruh Ikhwanul Muslimin ini sehingga meresap ke seluruh dunia arab yang
lain.
Pada pandangan
saya, Hassan al-Banna lebih hebat daripada tokoh gerakan Islam seperti Sheikh
Jamaludin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh kerana beliau memiliki gabungan ketakwaan dan kepintaran Siasah
Syar’iyyah yang menakjubkan. Beliau juga sifat-sifat pemimpin yang telah hilangan dari dunia Islam.
3.0 KESIMPULAN
Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris melalui bukunya ini yang
menukilkan tentang Fiqh Politik yang dibawa oleh tokoh terkenal dalam gerakan
dunia Islam iaitu As-Syahid Al-Imam Hasan Al Banna. Isi Kandungan buku ini
merungkai dan menganalisa dengan penjelasan yang ringkas tentang politik,
reformasi, transformasi dan perubahan yang diinginkan sesuai dengan kehendak ajaran
Islam.
Pemahaman fiqh
politik beliau ini diikuti oleh ahli gerakan dan kader-kader beliau dalam gerakan
Ikhwanul Muslimin. Mereka seterusnya menciptakan sebuah strategi yang baru
dalam politik Islam, sehingga kesannya tidak hanya dirasakan di Mesir, tetapi berkembang
dengan meluas hingga ke seluruh pelusuk dunia Islam, bahkan juga hampir ke
seluruh penjuru dunia termasuk di Malaysia.
Secara jelas, buku ini
bukanlah kandungan teori politik semata-mata. Di dalamnya mengupas teori
politik hingga ke beberapa implimentasi politik yang pernah dilakukan oleh Imam
Syahid Hasan Al Banna dan Ikhwanul Muslimin. Segala yang dipaparkan secara ringkas
dan padat dalam buku ini telah memberikan pemahaman yang jelas tentang politik
kepada diri saya.
4.0
BIBLIOGRAFI
Buku Ulasan
·
Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, 2007, Fiqh
Politik Hasan Al-Banna, Kuala Lumpur, Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd.
Buku Perbandingan
·
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil,
2010, Al-Syahid Hasan Al-Banna: Pengasas Ikhwan Muslimin, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
·
Hassan al-Banna, 1984, Rukun Gerakan
Islam, Selangor, Marwilis Publisher.
·
Dr. Zahruddin Abdul Rahman, 2013, Indahnya
Politik Cara Islam, Selangor, Galeri Ilmu.
·
Zulkiple Abd. Ghani, Mohd. Syukri Yeoh Abdullah, 2005, Dakwah
Dan Etika Politik di Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors.
5.0 LAMPIRAN KULIT BUKU
[1]
Al-An’am : 98
[2]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 1.
[3]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 4.
[4]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 13
[5]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 15
[6]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 17
[7]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 22
[8]
Al Ankabut : 69
[9]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 29
[10]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 36
[11]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 40
[12]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 44
[13]
Al Maidah : 49-50
[14]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 44
[15]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 56
[16]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 60
[17]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 62
[18]Fiqh
Politik Hasan Al-Banna, hlm 66
[19]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 77
[20]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 79
[21]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 80
[22]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 86
[23]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 90
[24]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 104
[25]
Fiqh Politik Hasan Al-Banna, hlm 106
[26]
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil, Al-Syahid Hasan Al-Banna:
Pengasas Ikhwan Muslimin, hlm 6
[27]
Hassan al-Banna, Rukun Gerakan Islam, hlm 43
[28]
Zulkiple Abd. Ghani, Mohd. Syukri Yeoh Abdullah, Dakwah dan etika politik di
Malaysia, hlm 70
[29]
Dr. Zahruddin Abdul Rahman, Indahnya Politik Cara Islam, hlm ix
How do I make money from playing games and earning
ReplyDeleteThese are the three worrione.com most popular forms of gambling, and are explained หารายได้เสริม in a very concise and concise titanium metal trim manner. https://octcasino.com/ The most https://deccasino.com/review/merit-casino/ common forms of gambling are: